Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 20 Oktober 2022

Lee Chong Wei ‘Warning’ Scammer Guna Gambar Untuk Promosi Jus Buah Plum

Bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan scammer yang menggunakan nama serta gambarnya untuk mempromosi satu produk jus kesihatan.

Artikel Berkaitan: Lee Chong Wei Jadi Atlet Pertama Malaysia Ada Patung Lilin Sendiri Di Madame Tussauds!

Artikel Berkaitan: Hattan, Awie, Chong Wei & Zii Jia Dilantik Sebagai Duta Anti-Scam

‘Ramai yang kena’

Pada Rabu, Lee Chong Wei memuat naik satu tangkap layar dari Facebook menerusi InstaStory miliknya.

Jangan tertipu! Makin power, makin melampau scammers ni! Ramai yang kena. Jangan terpedaya.

Dari gambar yang dikongsikan, beliau menegaskan bahawa ianya telah pun disunting sehingga menjadikan Lee Chong Wei kelihatan seperti duta untuk produk berkenaan.

Malah kapsyen yang ditulis juga seolah-olah dibuat sendiri oleh bekas pemain nombor satu dunia itu.

Lama tak bertemu. Saya Lee Chong Wei. Adakah anda peminat buah plum? Ianya famous di Singapura dan Taiwan. Saya dah mencubanya beberapa kali.

Walau bagaimanapun, hasil tinjauan OhBulan! di akaun Facebook berkenaan mendapati posting tersebut telah dipadam selepas kecoh isu berikut.

Sumber: Instagram @leechongweiofficial



source https://ohbulan.com/lee-chong-wei-warning-scammer-guna-gambar-untuk-promosi-jus-buah-plum

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman