Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 20 Oktober 2022

Bergaduh Berebut Tempat Duduk, Remaja Lelaki Maut Tertusuk Pisau Dibaling Kakak

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas dipercayai tertusuk pisau yang dilempar oleh kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Remaja Lelaki Cedera Ditikam Dengan Pemutar Skru Di Rumah

Artikel Berkaitan: Bayi 3 Bulan Maut Di Tangan Bapa Panas Baran

Berebut tempat duduk kereta

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan punca kejadian itu adalah akibat dari perebutan tempat duduk kereta antara dua beradik berkenaan semasa mahu pulang dari rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, pihak mereka menerima panggilan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 2:15 petang.

Adik ejek kakak

Sekadar gambar hiasan

Si kakak yang berusia 18 tahun mengakui membaling sebilah pisau selepas pergaduhan tidak berhenti di situ sahaja kerana geram selepas adik mengejek dirinya ketika mahu masuk ke dalam rumah.

Disebabkan kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2:30 petang hari yang sama manakala kakaknya ditahan dan direman untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Kes Seksaan 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat ke atas mangsa akan dibuat pada hari ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Sumber: Harian Metro



source https://ohbulan.com/bergaduh-berebut-tempat-duduk-remaja-lelaki-maut-tertusuk-pisau-dibaling-kakak

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman