
Seorang ibu tergamak merantai dua anaknya dan biarkan mereka di dalam rumah dengan keadaan serba gelap dipercayai sebagai hukuman yang diberi kerana berkelakuan nakal.
Artikel Berkaitan: Lelaki Buang Mayat Teman Wanita Lepas Bunuh & Kerat Badan Dipenjara 70 Tahun
Artikel Berkaitan: ‘Dapat Kat Aku, Confirm Hang Pakai Pampers Seumur Hidup!’ – Sharnaaz Ahmad
Wanita ditahan polis

Disebabkan tindakan kejamnya yang dikatakan berlaku di Tanaban, Pulau Bali, wanita tersebut ditahan oleh pihak polis hujung minggu lalu.
Malah polis juga merampas sepasang rantai besi berukuran 2 meter dan empat mangga kunci bersama wanita yang dikenali sebagai UDW itu.
Jiran dengar bunyi tangisan

Kedua-dua anaknya yang berusia enam dan tiga tahun itu ditemui oleh jiran mereka pada Sabtu dalam keadaan hanya memakai lampin selepas mendengar bunyi tangisan dari rumah wanita berkenaan.
Semasa ditemui, seorang dirantai di bahagian leher dan dikunci pada tingkap rumah manakala seorang lagi berada di hadapan pintu bilik tetamu dalam keadaan yang sama.
UDW mendakwa bahawa dirinya terlupa untuk membuka lampu sewaktu keluar dari rumah menyebabkan anak-anaknya terpaksa tinggal dalam suasana gelap.
Dia juga menolak dakwaan pihak polis yang mengatakan teman lelakinya juga merupakan suspek utama dalam kes tersebut dan menegaskan bahawa tindakannya itu dibuat sebagai pengajaran buat anak-anak.
Sumber: Coconuts News
source https://ohbulan.com/ibu-tergamak-rantai-leher-anak-kurung-dalam-rumah-gelap-sebab-nakal
