Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 26 Oktober 2022

‘Hilangkan Sentap, Rasa Kecil Hati & Terus Berjuang’ – Azhar Rani Bidas Kenyataan A. Aida Utamakan Rupa Dari Bakat

Kenyataan dari penerbit Datuk A. Aida yang mementingkan rupa paras untuk menjadi seorang pelakon telah mengundang reaksi daripada penggiat seni dan warganet.

Artikel Berkaitan: Pengarah Didakwa Lepas Tangan Selepas Wafariena Alami Kecederaan, Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama – ‘Siapa Nak Tanggungjawab?’

Wakil pelakon tak cukup pakej

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Azhar memuat naik video ketika memberi ucapan selepas memenangi kategori Antagonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019.

Dalam rakaman itu, aktor berumur 46 tahun mewakili barisan pelakon yang tidak mempunyai wajah tampan dan cantik. Kata pemilik nama Azhan Abdul Rani, dia akan terus menghasilkan karya bermutu menggunakan bakat lakonan yang dimiliki.

Saya mewakili kepada mereka yang mempunyai bakat yang tinggi tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap supaya terus berada di sini, berjuang, berusaha. Hilangkan sentap, rasa kecil hati dan terus berjuang.

Perkongsian itu mendapat respon daripada rakan artis dan peminat yang setuju dengan kata-kata ‘padu’ dari pelakon drama Nur.

Bakat boleh asah!

Sebelum ini, A. Aida meletakkan syarat ingin mencari pelapis baru yang kacak dan cantik menerusi uji bakat dalam program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia atau Ekspresi@Finas.

‘Bakat boleh asah, paling penting wajah cantik dan kacak’ – A.Aida cari pelakon baharu, ajak orang ramai datang uji bakat di Ekspresi@Finas

Sumber: Instagram @azhan_rani



source https://ohbulan.com/hilangkan-sentap-rasa-kecil-hati-terus-berjuang-azhar-rani-bidas-kenyataan-a-aida-utamakan-rupa-dari-bakat

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman