Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 3 September 2022

Zynakal Dah Halalkan RM120k Dilesapkan Rakan

Penyanyi Zynakal memaklumkan bahawa dia sudah menghalalkan wang royalti sebanyak RM120,000 yang dilesapkan oleh orang yang terdekat dengannya.

Halalkan wang royalti

Menurut pemilik nama Muhammad Raziq Rosli, pada awalnya dia ingin menuntut wang yang diambil, namun selepas berfikir pelbagai faktor, Zynakal menghalalkan wang berkenaan.

Saya tak tahu apa jadi dengan kes itu sekarang. Memang pada awalnya saya nak tuntut semula wang itu tapi saya sudah halalkan. Walaupun jumlahnya besar, tapi saya pernah terhutang budi dengannya selain nak mengelak diri dari diungkit.

Bagi saya, kalau RM120,000 ditukar kepada 120,000 orang depan mata saya sekarang, saya cuma minta mereka sedekahkan bacaan surah al-Fatihah untuk arwah ibu saya saja. Jadi sebab itu jugalah saya halalkan.

Disebabkan insiden berkenaan membuatkan penyanyi berusia 23 tahun itu lebih berhati-hati dalam memilih rakan serta menjadikan pengajaran buat dirinya.

Fobia atau trauma adalah pengajaran untuk saya. Saya tak nak salahkan sesiapa tapi salahkan diri sendiri di mana mungkin saya pernah buat silap dulu. Namun, saya akui fobia untuk berkawan dan sukar mempercayai kawan-kawan di sekeliling saya.

Sebelum ini, Zynakal meluahkan rasa marah di media sosial kerana dia kehilangan wang royalti lebih RM120,000. Malah, dia juga berkongsi foto tangkap layar aplikasi perbankan yang menunjukkan baki akaun berjumlah RM19.15.

Sumber : Harian Metro



source https://ohbulan.com/zynakal-dah-halalkan-rm120k-dilesapkan-rakan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman