Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 3 September 2022

Pokok Hiasan Musnah Ketika Hari Kebangsaan, DBKL Rugi RM700,000

Tular di media sosial baru-baru ini apabila pokok hiasan di sepanjang Dataran Merdeka rosak selepas berlangsungnya perarakan perbarisan sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 pada 31 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Wanita Terharu, Anggota ATM Benarkan Suami Buta Sentuh & Naik Kenderaan Tentera Semasa Hari Kebangsaan

Artikel Berkaitan: Ozlynn Bergambar Dengan Abang Bomba Sado, Kapsyen IG Tetap Puji Johan

Alami kerugian sebanyak RM700,000

Ekoran itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa sebanyak RM700,000 kerugian yang dicatat akibat dari kerosakan pokok hiasan tersebut.

Datuk Bandar DBKL, Datuk Seri Mahadi Che Ngah menjelaskan bahawa kerosakan itu disebabkan oleh jumlah besar pengunjung yang hadir untuk memeriahkan perarakan tersebut.

Banyak sampah yang ditinggalkan

Malah katanya lagi, selain mengalami kerosakan pokok hiasan, kawasan perarakan juga dipenuhi dengan sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung yang menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan Malaysia.

“Banyak sampah seperti minuman di tepi jalan dan landskap yang ditinggalkan pengunjung pada hari tersebut.”

Pihak DBKL juga sedang berusaha untuk mencari alternatif untuk menguruskan hal tersebut supaya dapat ditangani dengan segera.

Sumber: Sinar Harian



source https://ohbulan.com/pokok-hiasan-musnah-ketika-hari-kebangsaan-dbkl-rugi-rm700000

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman