Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 13 September 2022

Wanita Hampir Digilis Kereta Api 2 Kali Sebab Nak Ambil Botol Air

Seorang wanita di Uttar Predesh, India hampir maut selepas sanggup turun ke landasan sebanyak dua kali semata-mata untuk mengambil botol air minuman walaupun tren menuju laju ke arahnya.

Artikel Berkaitan: Pelajar Ikat, Pukul Guru Matematik Sebab Dapat Markah ‘Exam’ Rendah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Konten Berjalan Tepi Landasan, Remaja 17 Tahun Cedera Parah Dilanggar Kereta Api

Tak guna jejantas

Menurut sumber asal, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu di stesen kereta api Shikohabad. Pada mulanya wanita yang berpakaian kuning itu tanpa teragak-agak melintas landasan kereta antara dua platform walaupun jejantas disediakan beberapa meter dari lokasinya.

Selepas menyedari tren kereta api semakin menghampiri ke arahnya, wanita tersebut dengan segera cuba memanjat bahagian tepi platform sebelum ditarik oleh seorang pekerja dari stesen itu.

Patah balik selang beberapa saat

Walau bagaimanapun, selepas beberapa minit tren kereta api itu berlalu, wanita tersebut kembali ke tepi platform untuk mengambil botol minumannya yang terjatuh sekali lagi.

Apa yang menjadi tumpuan adalah reaksi wanita tersebut yang dilihat masih boleh berjalan dengan santai walaupun dihampiri tren kereta api seperti tidak berlaku apa-apa.

Selepas dari kejadian tersebut, wanita dan juga dua petugas kakitangan stesen yang terlibat telah pun dipanggil oleh pihak polis untuk disoal siasat mengenai insiden yang berlaku namun wanita itu terus berjalan dan beredar dari stesen.

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/wanita-hampir-digilis-kereta-api-2-kali-sebab-nak-ambil-botol-air

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman