
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil kira aspek reka bentuk yang kondusif dan juga mudah untuk diselenggera demi memberi kesan yang positif kepada pelajar dan guru agar terus mencapai kecemerlangan.
Artikel Berkaitan: Ditumbuk & Dibuli, Ibu Buat Laporan Polis Setahun Anak Dibuli Sebab Tak Pandai Cakap ‘English’
Artikel Berkaitan: Viral Video Pelajar SPM Gigih ‘Study’ Dalam Banjir, Netizen Kata ‘Jimat Masa Tak Perlu Pergi Tandas’
Inisiatif itu dinyatakan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin pada majlis Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan: Infrastruktur Selamat Dan Kondusif yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.
Bakal dibina dengan pengudaraan yang baik

Tambah beliau lagi, pembinaan bagi infrastruktur yang sesuai di sekolah-sekolah baharu akan diberi tumpuan dengan mengkaji semula reka bentuk sekolah sedia ada agar keseluruhan prasarana dapat diguna sebaik mungkin.
Sebagai contoh, reka bentuk tandas yang mempunyai pengudaraan yang baik dan gutter yang memudahkan penyelenggaraan supaya lebih cepat kering dan tak menyebabkan ianya berbau.
Tambah beliau lagi, KPM akan sentiasa mengadakan perbincangan yang teliti bersama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam usaha untuk menentukan reka bentuk tandas yang sesuai selain dari pembangunan sekolah-sekolah baru yang bakal dibina.
Pelajar sanggup bertahan lapar

Radzi mengatakan kemudahan tandas sedia ada di sekolah sering mengalami masalah lantai basah dan juga tidak mempunyai salur pengudaraan yang baik sehingga menyebabkan ada segelintir pelajar yang sanggup untuk berlapar semata-mata tidak mahu menggunakan tandas semasa sesi persekolahan.
Sumber Facebook Dr Radzi Jidin, Malaysiakini
source https://ohbulan.com/pelajar-sanggup-tahan-lapar-sebab-tak-nak-guna-tandas-sekolah-kotor-menteri-kanan-pendidikan
