
Niat baik pelakon dan pengacara, Zoey Rahman untuk berkongsi rezekinya bersama penduduk Bajau Laut di sebuah pulau di Mabau, Sabah sewaktu pergi bercuti di sana disalah anggap oleh sesetengah pihak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Buat Pembedahan Muka Ke? Zoey Rahman Balas, ‘Dah Tua Awak’
Didakwa biadap campak makanan

Tindakan Zoey yang membaling makanan kepada penduduk yang majoritinya wanita itu dianggap biadap dan kurang ajar oleh sesetengah pihak.
Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman mengakui kesilapannya dan memohon maaf menerusi penulisan kapsyen di Instagramnya dengan mengatakan dia tiada pilihan lain untuk menghulurkan makanan dengan cara membaling.
Video
Terpaksa buat macam tu

Tambahnya lagi, tindakan itu dibuat untuk menjaga keselamatan diri dan penumpang dalam bot selain dari memastikan agar semua penduduk Bajau Laut menerima makanan yang diberikan.
Pasal isu campak tu, saya minta maaf. Nampak tak sopan, tak ada adab, tapi kami terpaksa buat macam tu.
Malah, dia juga mengatakan bahawa orang-orang yang pernah mengunjungi kepulauan itu akan faham dengan situasi yang sukar untuk dikawal dari penduduk penduduknya.
Sumber: zoeyrahman
source https://ohbulan.com/video-harap-faham-situasi-saya-zoey-baling-makanan-sebab-nak-jaga-keselamatan-bukan-saja-saja
