Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 8 September 2022

Jabatan Penjara Malaysia Nafi Dakwaan Najib Terima Layanan Istimewa

Lebih kurang 2 minggu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, timbul pula dakwaan mengatakan beliau menerima layanan istimewa.

Artikel Berkaitan: ‘Tolong Doakan Daddy’ – Anak Najib Sahkan Bapa Dimasukkan Ke HKL Sebab Ulser Perut

Artikel Berkaitan: Rosmah Dibenarkan Tangguh Hukuman, Tunggu Rayuan Selesai

Tular mesej WhatsApp di media sosial

Ini kerana, satu mesej WhatsApp yang mengatakan Najib menerima layanan istimewa tular di media sosial mengatakan bahawa beliau diberikan sebuah rumah dalam kawasan penjara dan bukannya di dalam sel.

Sepupu kawan saya yang merupakan pegawai senior di Penjara Kajang bagitahu bahawa Najib diberikan rumah di kawan tahanan.

Bukan maklumat sahih

Terpanggil dengan isu tersebut, pihak Jabatan Penjara Malaysia membuat satu kenyataan sebagai respon kepada dakwaan tersebut.

Maklumat tak sahih. Hentikan penyebarannya.

Mereka juga menyarankan agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan di media sosial selepas menegaskan bahawa hukuman Najib adalah sama seperti pesalah-pesalah yang lain.

Sebelum ini, dakwaan yang sama juga turut tular di media sosial namun pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menidakkan hal tersebut.

Sumber: Facebook



source https://ohbulan.com/jabatan-penjara-malaysia-nafi-dakwaan-najib-terima-layanan-istimewa

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman