
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tak sesuai diadakan sewaktu musim hujan disebabkan pelbagai kekangan yang bakal timbul selepas meneliti segala faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan tahap kesihatan penduduk.
Artikel Berkaitan: Walaupun Jasad Dipenjara, Semangat & Daya Juang Najib Tetap Membara – Zahid Hamidi
Artikel Berkaitan: Penganalisis Politik Jelas Kepemimpinan PM Antara Faktor Kemenangan BN Di Melaka
Banyak tenaga akan dikerah

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bahawa apabila berlakunya banjir, banyak tenaga kerja yang diperlukan selain dari menelan kos tinggi pada pelaksanaan PRU demi untuk menjaga pusat pemindagan sementara (PPS) dan pemindahan mangsa bencana banjir.
Lazimnya,, kita elak pilihan raya sewaktu banjir kerana ianya mengambil kira faktor keselamatan, tenaga kerja dan juga faktor kesihatan.
Penyakit berjangkit akan meningkat

Tambah beliau lagi, peningkatan penyakit berjangkit, penyakit bawaan air akan berlaku ketika waktu banjir dan ianya memerlukan rawatan segera walaupun pesakit mengalami demam dan juga selesema menguatkan lagi sebab PRU tidak sesuai diadakan.
Sebagai rekod, sebelum ini Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kenyataan ramalan cuaca bahawa negara akan mengalami hujan lebat secara berterusan bermula pertengahan bulan November sekaligus mendorong kepada bencana banjir besar pada hujung bulan yang sama.
MetMalaysia turut menjangkakan bahawa cuaca yang dialami akan lebih teruk disebabkan pergerakan angin monsum timur laut yang aktif pada waktu itu menyebabkan risiko berlakunya banjir besar amatlah tinggi.
Sumber: Berita Harian
source https://ohbulan.com/tak-sesuai-nak-buat-pru15-waktu-musim-banjir-khairy-jamaluddin
