Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 7 September 2022

Rumah Zalina Azman Didatangi Pasukan Forensik Bukit Aman?

Misteri kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu masih menjadi tanya tanya.

Artikel berkaitan : Tular Wanita Seperti Zalina Azman Muncul Di Restoran, Polis Sahkan Individu Sebenarnya Seorang Gelandangan

Artikel berkaitan : Polis Percaya Zalina Azman Masih Berada Di Malaysia

Artikel berkaitan : Individu Buat Laporan Polis, Dakwa Terjumpa Wanita Seperti Zalina Sedang Ketakutan – ‘Dia Cakap Takut Besi’

Terbaharu, kehadiran pasukan forensik Bukit Aman di rumah Zalina menimbulkan pelbagai persoalan penduduk di kawasan perumahan terbabit.

Pasukan forensik tiba di rumah Zalina

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya mengesahkan mengenai kehadiran pasukan forensik yang tiba di rumah bekas personaliti TV3 itu pada pagi, semalam.

Kira-kira jam 10 pagi semalam pihak Forensik Bukit Aman hadir membuat pemeriksaan di sekitar rumah Orang Hilang (OH) itu. Ia bagi mencari jika ada terdapat bukti-bukti baru.

Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang perkembangan positif berhubung kes kehilangan Zalina.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan tiada apa-apa petunjuk untuk perkembangan siasatan kes OH ini.

Terdahulu, kehilangan Zalina dilaporkan oleh anak lelakinya sendiri iaitu Mikhael Norman selepas gagal menghubungi ibunya sejak 24 November 2021.

Sumber : Harian Metro



source https://ohbulan.com/rumah-zalina-azman-didatangi-pasukan-forensik-bukit-aman

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman