Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 7 September 2022

Polis Sahkan Terima Laporan Puteri Balqis Berhubung Kes Gangguan Seksual

Pelakon Puteri Balqis dalam satu temubual sebelum ini mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh orang terdekat dalam kalangan keluarga, Pendedahan tersebut secara tidak langsung mengejutkan ramai pihak kerana tidak menyangka bahawa pelakon itu pernah melalui ‘detik hitam’ ketika masih kecil lagi.

Artikel berkaitan : Individu Dipercayai Ayah Puteri Balqis Buat Laporan Polis? – ‘Masih Waras, Wallahi Tak Terniat Nak Buat’

Terbaharu, polis mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh pelakon terbabit.

Dah buat laporan polis

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, pihak polis sudah menerima laporan yang mendakwa remaja berusia 15 tahun itu diganggu secara seksual oleh bapanya.

Mangsa telah diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikan mangsa. Mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit ayah kandungnya.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku sejak tahun 2013 hingga 2017 ketika mangsa berusia enam tahun semasa tinggal di kawasan daerah Subang Jaya.

Suspek dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa apabila ibunya tiada bersama di rumah.

Susulan daripada itu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan kanak-kanak serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

Terdahulu, bapa kepada Puteri Balqis telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan terbabit serta mengakui bahawa mengakui tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya.

Kenyataan Polis

Sumber : Polis Daerah Subang Jaya



source https://ohbulan.com/polis-sahkan-terima-laporan-puteri-balqis-berhubung-kes-gangguan-seksual

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman