
Pada Selasa, pelawak tanah air, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah memuat naik satu video di akaun TikTok dan Instagram miliknya meminta bantuan dari orang ramai mencari barang-barangnya yang hilang dari tempat simpanan di atas bumbung keretanya.
Artikel Berkaitan: Isteri Buat Rawatan IVF Sebagai Hadiah Birthday Achey – ‘Kita Usaha, Biar Allah Yang Tentukan’
Artikel Berkaitan: Muntah & Demam Tak Menentu, Anak Achey Masuk Hospital
Hilang di Lebuhraya Ipoh-Kuala Lumpur

Menurut Achey, antara barangan yang hilang ialah beg, beberapa kasut berjenama dan juga dokumen penting. Difahamkan punca kehilangan itu disebabkan tempat simpanan di atas kereta yang telah pecah walaupun sudah dikunci.
Saya minta jasa baik sesiapa yang lalu jalan di kawasan Ipoh menghala ke Mehrang, kalau terjumpa barang-barang saya terutamanya dokumen yang dalam plastik hijau, tolong DM saya di Instagram sebab kat Mehrang tu baru kami perasan barang dah hilang.
Pergi semula ke tempat kejadian

Bukan itu saja, disebabkan masih belum mendapat sebarang maklum balas, Achey sendiri kembali ke kawasan sekitar lebuhraya tersebut untuk mencari sendiri barang yang hilang dengan bantuan kontraktor jalan raya dan beberapa barang dapat dijumpa semula.
Ada satu dua barang yang jumpa tapi masih mencari satu beg je lagi. Dalam beg tu ada dokumen. Terima kasih abang-abang propel kita sebab sudi bantu cari sekali.
Video
@achey_kintangkintung Terbang semuanya…
? original sound – acheykintangkintung – acheykintangkintung
source https://ohbulan.com/roof-box-atas-kereta-terbuka-semasa-memandu-banyak-barangan-berharga-achey-hilang-habis-semua-terbang
