Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 28 September 2022

Ramai Puji Puteri Balqis ‘In Character’ Dalam Video Muzik Terbaru Yamani Abdillah

Puteri Balqis atau mesra dipanggil Aqish, pernah beberapa kali menggemparkan peminat dengan kisah hidupnya yang berliku. Pernah ‘hilang’ dari dunia seni buat seketika, Puteri Balqis bangkit semula selepas muncul membintangi beberapa drama tempatan.

Artikel Berkaitan: ‘Aib Keluarga Tetap Kena Jaga, Lapor Pada Pihak Yang Betul’ – Azhar Sulaiman

Artikel Berkaitan: Wujud Aduan Pakar Psikiatri Tak ‘Friendly’ Dengan Pesakit, Ramai Tampil Rekomen Klinik Kesihatan

Terlibat dalam video muzik

Terbaru, Puteri Balqis bakal muncul menerusi muzik video ‘Balasan Janji Palsumu’ nyanyian anak penyanyi terkenal Dato’ Jamal Abdillah iaitu Yamani Abdillah.

Difahamkan video muzik Balasan Janji Palsumu akan menampilkan Puteri Balqis sebagai sebagai watak utama dan ditayangkan pada 28 September jam 5 petang

Ramai puji lakonan Aqish ‘sampai’

Aqish yang terkenal dengan penjiwaannya dalam sesuatu watak, sekali lagi menerima pujian netizen selepas ramai mengatakan emosi Aqish ‘sampai’ ke hati penonton walaupun hanya dalam klip-klip pendek.

Dari riak muka memang boleh rasa sedih dia tu. Tak pernah mengecewakan lah Aqish.

Aura berlakon si Aqish ni memang lain betul lah. Suka tengok dia berlakon.

Malah, ramai yang tak sabar untuk menonton video muzik penuh untuk melihat hasil lakonan Aqish pada Rabu ini dan mengatakan bakat pelakon ini memang tak dapat disangkal lagi.

Video

@rusamusic

Yamani Abdillah – Balasan Janji Palsumu #rusamusic #rusamvm #mvmmusic #balasanjanjipalsumu

? Balasan Janji Palsumu – Rusa Music

Sumbe: TikTok



source https://ohbulan.com/video-ramai-puji-puteri-balqis-in-character-dalam-video-muzik-terbaru-yamani-abdillah

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman