
Polis kini dalam proses mengesan dan memburu seorang lelaki yang membunuh anjing liar menggunakan busur panah di Sky Awani 3, Setapak selepas tular di media sosial baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Lelaki Dipenjara 8 Bulan, Bersalah Gigit Anjing Polis
Artikel Berkaitan: Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya
Tindakan itu dibuat serta-merta selepas video berdurasi 18 saat yang memaparkan seorang lelaki berbaju hitam bersama busur panah mengekori seekor anjing dan memanah haiwan tersebut sehingga mati tanpa teragak-agak.
Masih dalam siasatan

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah pada 25 September, mengatakan bahawa kertas siasatan dibuka dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan juga Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana mempunyai busur panah.
Malah pihak polis masih lagi meneruskan siasatan sebagai usaha untuk mengesan suspek serta mereka juga memohon orang ramai untuk turut memberikan kerjasama bagi membantu siasatan kes tersebut.
Sumber: Kosmo
source https://ohbulan.com/polis-cari-lelaki-panah-anjing-sampai-mati-di-setapak
