Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 26 September 2022

Datuk 64 Tahun Rogol Bakal Isteri Cucu Sampai Melahirkan Anak

Sekadar gambar hiasan

Suami mana yang tidak kecewa apabila anak yang dikandung dan dilahirkan isterinya bukanlah anaknya. Lebih mengejutkan lagi bayi terbabit merupakan darah daging datuknya sendiri. Kejadian berkenaan berlaku di Berau, Kalimantan Timur.

Datuk rogol bakal isteri

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, rahsia itu terbongkar selepas isterinya melahirkan seorang bayi perempuan. Si suami yang mahu dikenali sebagai BE mendedahkan yang dia hanya mengetahui perbuatan keji datuknya yang berusia 64 tahun selepas wanita terbabit mengaku selepas beberapa melahirkan anak.

Saya rasa kecewa selepas dapat tahu kes yang menimpa isteri saya. Saya sangka bayi itu adalah anak kami.

Isteri tak berani nak menceritakan hal sebenar ketika dia mengandung sebab risau perkara lebih buruk boleh berlaku.

Pada awalnya, dia tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh wanita itu berusia 16 tahun itu sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor yang merawat untuk mengetahui bilakah isterinya mula mengandung.

Alangkah terkejutnya apabila doktor memaklumkan bahawa isterinya melahirkan anak cukup bulan dan sudah mengandung dua bulan sebelum mereka dinikahkan kerana usia perkahwinan mereka baru memasuki tujuh bulan.

Suami buat laporan polis

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, si suami membuat laporan polis dan suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Polis Berau, AKBP Shindu Brahmarya, suspek juga pernah merogol sepupu mangsa yang berusia 14 tahun.

Hasil siasatan polis, suspek pernah merogol sepupu mangsa dan perbuatannya itu dilakukan lebih daripada satu kali.

Sumber : Kompas.com



source https://ohbulan.com/datuk-64-tahun-rogol-bakal-isteri-cucu-sampai-melahirkan-anak

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman