Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 30 September 2022

Pelancong Pening Kepala, Muntah-Muntah Selepas Pulang Bercuti Dari Pulau Perhentian

Sekadar gambar hiasan

Sekumpulan pelancong tempatan mengalami pening kepala serta muntah-muntah selepas pulang dari bercuti di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Kes Keracunan Cecair Rokok Elektronik Dalam Kalangan Kanak-Kanak Berusia 1 Hingga 4 Tahun Dilapor Makin Meningkat

Artikel Berkaitan: ‘Haji Kenapa Pakai Seluar Pendek?’ – Netizen Tegur Penampilan Fizo Omar

Percutian seramai 40 orang

Sekadar gambar hiasan

Kumpulan pelancong yang bercuti ke pulau peranginan terkenal di bahagian Pantai Timur itu difahamkan terdiri daripada 27 orang dewasa, 7 kanak-kanak serta 6 orang bayi. Bercakap kepada Free Malaysia Today, wakil kumpulan itu Hasan Yahaya memberitahu sebahagian daripada mereka mengalami simptom-simptom tersebut didakwa kes keracunan.

Ketika masih berada di sana lagi, ada yang dah rasa tak sedap badan. Tapi kebanyakannya tidak menghiraukannya kerana ingin menikmati percutian mereka.

Ingatkan mabuk laut

Sekadar gambar hiasan

Ujar Hasan lagi, ada di antara mereka mendakwa ianya hanyalah kesan daripada mabuk laut atau akibat berjemur terlalu lama di bawah cuaca yang panas.

Malah, difahamkan ada yang turut mengalami cirit-birit dan demam panas sehingga terpaksa ditahan di hospital selain dari seorang bayi yang baru berusia satu tahun disahkan menghidap demam kepialu manakala dua orang kanak-kanak mengalami keracunan darah.

Ekoran itu, aduan telah dibuat kepada pihak pengurusan resort selepas mengesyaki punca kejadian adalah kerana sisa kumbahan yang tak dirawat meresap ke dalam laut menyebabkan ianya tercemar dan laporan rasmi turut dihantar kepada Jabatan Kesihatan Kuala Besut serta Kementerian Kesihatan.

Sumber: FMT



source https://ohbulan.com/pelancong-pening-kepala-muntah-muntah-selepas-pulang-bercuti-dari-pulau-perhentian

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman