
Niat seorang warga emas untuk menebang pokok nangka di kawasan depan rumahnya tidak kesampaian selepas dia disahkan meninggal dunia akibat dihempap dahan pokok dan juga terkena parang yang digunakan.
Artikel Berkaitan: Naik Eskalator Cuma Berpaut Pada Pemegang, Budak Perempuan Nyaris Jatuh Bangunan Tinggi!
Artikel Berkaitan: Cakap Kuat Sampai Ramai Kurang Selesa, Rupanya Pakcik Tua Datang Hospital Seorang Diri Nak Baiki Alat Pendengaran
Meninggal lepas lima langkah

Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Rumput, Melaka pada petang Khamis kira-kira 11 pagi selepas mangsa iaitu Yap Ah Keo, 64 tahun yang meninggal dunia selepas berjalan lima langkah untuk masuk ke rumah.
Laporan berkenaan insiden itu dibuat oleh anak lelaki mangsa dan disahkan oleh pihak polis Daerah Melaka Tengah yang disahkan oleh ketua polisnya sendiri iaitu Asisten Komisioner Christopher Patit.
Setiba di lokasi, pihak polis mendapati seorang lelaki warga emas telah terbaring di hadapan rumah dalam keadaan berlumuran darah.
Sempat panggil isteri

Soal siasat yang dibuat ke atas isteri mangsa mendapati bahawa suaminya menggunakan tangga untuk memotong dahan pokok yang setinggi 2.1 meter.
Selepas terjatuh, mangsa masih boleh untuk bangun sebelum menyedari bahagian rusuk kanannya mengalami pendarahan kerana terkena parang berukuran 18cm.
Dia terus memanggil isterinya dan pergi ke paip air di hadapan rumah untuk cuci luka sebelum meninggal.
Tambah Christopher, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun pihak polis telah mengeluarkan Pol 61 setakat ini.
Sumber: Kosmo
source https://ohbulan.com/niat-nak-tebang-pokok-bertukar-tragedi-warga-emas-meninggal-dunia-terhempap-parang-sendiri
