Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 22 September 2022

‘Buat Content Jangan Sampai Tak Ada Adab’ – Iddin Ramli Tegur Lelaki Pegang Janggut UAI

Sebelum ini, tular sebuah video seorang lelaki selamba memegang janggut penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus selepas bersalaman.

Tindakan spontan itu dianggap kurang sopan oleh warganet dan menggesa individu terbabit untuk belajar soal adab.

Artikel Berkaitan: Selamba Pegang Janggut UAI Lepas Salam, Terus Kena Jeling Dengan ‘Bodyguard’

Dah dapat izin?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iddin Ramli (@iddinramli)

Content creator yang juga personaliti dakwah, Iddin Ramli turut tertarik untuk mengulas isu tersebut. Menurut Iddin, individu itu bernasib baik kerana UAI tidak marah dan masih boleh tersenyum.

Menerusi video di Instagram (IG), Iddin menyifatkan perbuatan itu biadab sekiranya individu terbabit tidak meminta izin daripada empunya badan dahulu.

Mujur UAI baik tak melenting. Kalau orang lain tu mungkin dah kena cepuk. Kita tak tahu. Dengan recordnya lagi. Agak-agaklah.

Iddin tak tahu dia dah dapat keizinan ke belum pegang janggut UAI. Kalau belum memang biadab la.

Adab kena jaga

Dalam pada itu, Iddin menegaskan biarpun sekadar untuk ‘content’ tetapi soal adab harus dititikberatkan terutama dengan para ulama.

Kalau perasan dia rakam waktu dia pegang janggut tu. Kita ni kalau buat content jangan sampai tak ada adab dengan ulama.

Bahagian muka jangan sentuh melainkan dah dapat keizinan. Kalau dapat keizinan, pegang saja. Tak perlu sampai nak rakam.

Kena jaga adab dengan seorang ulama dan seorang guru.

Sumber: Instagram @iddinramli



source https://ohbulan.com/buat-content-jangan-sampai-tak-ada-adab-iddin-ramli-tegur-lelaki-pegang-janggut-uai

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman