Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 5 April 2023

[VIDEO] ‘Kalau Awak Nak Buat Sesuatu Ingat Muka Saya & Anak-Anak’

Pelakon, Sharifah Shahora antara selebriti yang pernah mempunyai pengalaman rumah tangganya diganggu oleh pihak ketiga lapan tahun lalu.

Artikel berkaitan: Padam Foto Penyondol Di IG, Isteri ND Lala Dapat Kata-Kata Semangat Daripada Rakan Artis & Netizen

Artikel berkaitan: Netizen Serang Instagram ND Lala – ‘Saya Ada Popcorn Extra’

Artikel berkaitan: ‘Banyak Yang Anggap Diriku Bahagia, Itu Kerana Aku Berhasil Sembunyi….’

Artikel berkaitan: ‘Akan Ada Selalu Waktu Yang Dirindukan, Namun Tidak Dapat Terulang Kembali’ – Isteri ND Lala

Artikel berkaitan: ‘Jika Sekiranya Diam Itu Bijak, Lakukanlah’ – Status Ibu Shila Amzah Timbul Tanda Tanya

Guna media sosial

Menerusi temu bual bersama Melodi, Shahora berkata dia mengalami fasa yang sangat sulit ketika berdepan situasi tersebut dan mengambil jalan terakhir dengan menggunakan media sosial untuk menunjuk siapa penyondol.

Benda dah lepas, Alhamdulillah. Ketika itu sebagai seorang wanita, pertama kali kena jadi perasaan kita lain. Ketika itu bukan saya nak viral tapi saya melalui fasa yang sangat sulit setelah berbincang dan amaran juga tak boleh, macam-macam saya dah buat.

Perkara terakhir yang saya buat adalah tindakan menggunakan media sosial. Kadang-kadang orang salahkan kita kenapa benda ini perlu diviralkan? tapi sebenarnya mereka tak berada di situasi kita berada dalam keadaan sulit dan seorang diri.

Kalau kita tak memalukan penyondol-penyondol ini, mereka akan enjoy, dia ambil masa kita yang diam ini dan cuba nak selesaikan secara sendirian ini sehingga jadi serius.

Tambah Shahora, kejadian tersebut telah mematangkan dirinya dan suami.

Alhamdulillah, suami makin penyayang walaupun berjauhan sekarang dia berada di Pulau Pinang, dia tak sabar nak jumpa saya.

Perkara ini mengalami kematangan, banyak kes seperti ini terjadi, walaupun sebagai perempuan kita ini banyak bercakap tetapi kes-kes penyondol ini buat saya matang. Apa yang saya lihat apa yang terjadi sebelum ini mematangkan dia.

Pada masa yang sama, Shahora turut berpesan kepada suaminya agar sentiasa ingat akan dirinya dan anak-anak. Malah turut memberi pesan kepada wanita lain.

Saya cuma nak pesan kepada suami saya, awak ada isteri dan anak-anak. Isteri awak yang ada dengan awak di saat susah dahulu, dan di mana kedudukan awak sekarang, jika awak nak buat sesuatu, ingat muka saya dan anak-anak.

Untuk perempuan lain, kalau boleh cari lelaki lain yang tak perlu berkongsi. Jika hari raya nanti, bawalah lelaki atau suami anda kemana-mana tanpa sembunyi.

Pada tahun 2015, rumah tangga Shahora dan suaminya, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dikatakan berantakan selepas didakwa muncul orang ketiga.

Video

Sumber: Melodi TV3



source https://ohbulan.com/video-kalau-awak-nak-buat-sesuatu-ingat-muka-saya-anak-anak

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman