Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 15 April 2023

Teruja Jumpa Siti Nurhaliza, Dr Malar Mahu Gantung Gambar Selfie Dalam Rumah -‘Saya Sitizoner Sejak 13 Tahun’

Doktor perubatan yang juga pempengaruh media sosial, Dr Malar, berkongsi rasa teruja apabila dapat bertemu dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Tampil Anggun & Menawan, Netizen Mahu Dr. Malar Masuk Miss Universe – ‘Siap Nak Buka Petisyen Lagi!’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ingin Lepaskan Rindu, Siti Nurhaliza Habiskan 10 Malam Terakhir Ramadan Di Makkah

Teruja jumpa Siti Nurhaliza

Menerusi muat naik di Instagram, Dr Malar berkongsi pengalaman tersebut sebaik sahaja berjumpa dengan penyanyi itu dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama Nurul Izzah Anwar, pada Rabu.

Menurut Dr Malar, dia langsung tidak menyangka bahawa Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin, 44,  akan hadir pada majlis tersebut.

Alkisahnya saya dijemput untuk majlis Iftar bersama Nurul Izzah Anwar hari ini. Saya diberitahu majlis ini hanya bersama 12 wanita lain dan berlaku secara tertutup katanya.

Walaupun mula-mula teragak-agak, namun saya terima jemputan dengan rendah diri sebab saya sangat minat dengan Nurrul Izzah dari dulu lagi. Bukan kerana parti politik, bukan kerana jawatan, tetapi kerana kecekalan dia sebagai seorang wanita srikandi, dan saya love her preseverance. Itu sebab utama saya terima jemputan ini.

Namun bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Ketika saya di majlis sambil berborak dengan beberapa tetamu lain, tiba-tiba Datuk Siti Nurhaliza melangkah masuk, dengan baju kurung hitam segak dan bau semerbak wanginya! Oh my God!! Oh my God!!

Saya tak tahu Datuk Siti pun ada dalam guest list. Saya tengok guest list, sumpah saya tengok, tapi takde pun nama Datuk Siti Nurhaliza.

Gantung gambar dalam rumah

Sementara itu, Dr Malar turut mendedahkan dia merupakan peminat tegar pelantun lagu Purnama Merindu itu sejak usianya 13 tahun.

Bertambah lucu apabila Dr Malar berkata gambar yang diambil bersama penyanyi itu akan digantung dalam rumahnya.

Sampai sekarang saya tak sangka saya duduk semeja makan malam dengan Datuk Siti Nurhaliz. Sampai sekarang saya tak percaya saya dah selfie, dah wefie, dah record video dengan penyanyi Malaysia favourite saya, Siti Nurhaliza!

Dan memori paling indah, saya dapat wefie bersama  dua wanita inspirasi, Nurul Izzah dan Datuk Siti Nurhaliza dalam satu frame. Gambar ni kena frame gantung kat rumah.

Bersyukur dan sangat bersyukur. Im just speechless guys. Tak tahu lah malam ni dapat tidur ke tak. Saya sebagai seorang #sitizoner (kelab peminat Siti) sejak berumur 13 tahun, hari ini hari paling indah.

Sumber: Instagram Celoteh Dr Malar



source https://ohbulan.com/teruja-jumpa-siti-nurhaliza-dr-malar-mahu-gantung-gambar-selfie-dalam-rumah-saya-sitizoner-sejak-13-tahun

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman