Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 9 April 2023

Suami Tikam Isteri Berkali-Kali Sampai Mati Di Gerai Sayur

Foto: Kosmo

Angkara cemburu, seorang lelaki nekad menikam isterinya sehingga mati dalam satu kejadian di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan, Kepayan, Kota Kinabalu, semalam.

Tikam isteri sampai mati

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa, 38, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan sedang membantu kakaknya di gerai sayur. Tiba-tiba mangsa didatangi suspek dan ditikam beberapa kali di bahagian belakang.

Suspek kemudian melarikan diri. Orang awam yang menyedari insiden tersebut memaklumkan kepada pihak polis. Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), namun telah disahkan meninggal dunia.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, suspek akhirnya berjaya diberkas pihak polis dan hasil siasatan mendapati motif kejadian dipercayai akibat cemburu.

Polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian. Suspek warga asing itu kini direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/suami-tikam-isteri-berkali-kali-sampai-mati-di-gerai-sayur

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman