Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengumumkan bakal menikahi kekasih hatinya yang juga seorang usahawan, Watie Hanifah pada Jun depan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Yang Baru Berhijab, Tak Boleh Nak Dihakimi’ – Ibu Shuib
Artikel berkaitan: ‘Ini Bukan Pakai Baju Tapi Balut Badan’ – Netizen
Artikel berkaitan: [VIDEO] Watie Terhibur Tengok Uwais & Matin Main Lato-Lato – ‘Aunty Pun Terjebak Sama’
Nikah Jun depan
Memetik Berita Harian, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, berkata beberapa persiapan menuju hari bahagia sudahpun dilakukan. Bagaimanapun, dia memilih untuk bersederhana pada hari pernikahannya kelak.
Insya-Allah, majlis akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya.
Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan dan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi.
Saya tak mahu majlis pernikahan terlalu meriah, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.
Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami. Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira.
Dalam masa sama, Shuib menjelaskan pihak keluarga serta anak-anaknya cukup teruja untuk menyambut kehadiran Watie sebagai ahli baharu dalam keluarga mereka.
Bakal isteri sangat gembira. Dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana. Dalam masa yang sama, berat juga untuk Watie berada di situ, tetapi saya berharap semoga Allah mempermudahkan.
Anak-anak selesa dengan Watie. Alhamdulillah, keluarga pun selesa. Saya rasa itu salah satu anugerah.
Mungkin sebelum ini ada isu yang tak beberapa sedap dengar. Tetapi sekarang apabila Allah sudah memudahkan proses itu, mungkin benda ini sangat baik.
Saya harap ia akan berjalan dengan cukup baik. Saya pula sudah tentu berdebar, tetapi bila saya tengok anak-anak, saya rasakan perlukan seseorang untuk ada bersama saya.
Siti Sarah tiada ganti
Mengakui Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tetap tiada galang gantinya, ayah kepada empat cahaya mata itu berkata, dengan adanya Watie, mampu menjadi sistem sokongan yang baik buat dirinya.
Kita tahu kebolehan dan kemampuan saya, jadi bila ada orang sudi bersama saya, ia satu pemberian Allah.
Saya tak tahu masa hadapan macam mana, tetapi sudah tentu saya mahukan yang baik-baik. Jadi, saya berharap semuanya dipermudahkan Allah.
Saya perlukan sistem sokongan yang baik kerana saya tak tahu bagaimana untuk berseorangan dan sendirian.
Arwah Siti Sarah tidak akan boleh diganti. Tetapi, hampir 20 peratus sisi Watie sama seperti arwah. Saya hargai bagaimana Watie menjaga anak-anak saya. Itu yang mahal.
Saya nampak Watie boleh jadi ibu yang baik, insya-Allah. Saya nampak usaha yang Watie berikan kepada ibu saya, mentua dan anak-anak saya.
Terdahulu, Shuib enggan mengakui mempunyai hubungan dengan Watie, namun akhirnya dia mendedahkan sedang mengenali hati ushawasan tersebut. Malah Shuib pernah menjelaskan, percintaannya dengan Watie mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.
Untuk info, Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada pada Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Allahyarham Siti Sarah yang juga penyanyi disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.
Sumber: (Fatin Farhana) Berita Harian
source https://ohbulan.com/shuib-sepahtu-bakal-nikahi-watie-jun-depan-tapi-arwah-siti-sarah-tiada-ganti