Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 22 April 2023

Pertama Kali Kongsi Gambar Bersama, Shuib & Watie Sedondon Satu Keluarga

Seperti diketahui ramai, pelawak dan penyampai radio, Shuib bakal menamatkan zaman duda dengan usahawan, Watie Hanifiah pada Jun depan.

Artikel Berkaitan: Shuib Rancang Kahwin Dengan Watie Hanifiah Pada Pertengahan Tahun Ini

Raya bersama

Terbaru, bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Shuib memuat naik foto kenangan keluarga bersama empat orang anak dan ibunya, Salamiah Jalani di Instagram (IG).

Dalam hantaran tersebut, turut kelihatan Watie yang sedondon mengenakan warna coklat muda sambil mendukung, Ayash Affan.

Shuib, 38, menulis kapsyen mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri beserta hashtag #PerShuibOfHappyness.

Kali pertama

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet teruja kerana ini adalah kali pertama pemilik nama Shahmira Muhammad berkongsi gambar dengan Watie.

Selain itu, peminat juga berpendapat anak-anak Shuib masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Sementara itu, di Instagram pengacara dan penyampai radio Shiera Al-Khaired turut berkongsi foto Shuib, Watie dan keluarga termasuk ayah dan ibu tiri Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah dan Siti Fatimah Suberi.

Terdahulu, arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas tiga hari melahirkan anak bongsu, Ayash.

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada tahun 20211 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Sumber: Instagram



source https://ohbulan.com/pertama-kali-kongsi-gambar-bersama-shuib-watie-sedondon-satu-keluarga

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman