Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 8 April 2023

Patutlah Badan Anak Penuh Kesan Gigit & Cakar, CCTV Bongkar ’Sisi Gelap’ Taska Ternama?

Tak dinafikan, khidmat pengasuh peribadi atau pusat jagaan taska semakin mendapat permintaan ramai lebih-lebih lagi dengan kesibukan ibu bapa yang keluar bekerja.

Baru-baru ini seorang wanita iaitu Puan El Ameerah tampil membuat pendedahan tentang anaknya, Baby Maryam yang didakwa dianiaya di sebuah taska.

‘Kawan gigit Maryam masa teacher keluar’

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, El Ameerah mendakwa anak itu menunjukkan tanda-tanda pelik selepas tiga hari dipindahkan ke sebuah taska. Pada awalnya, si kecil itu kelihatan ceria pada hari pertama di taska namun menangis apabila dijemput pulang.

Insiden ini berlaku pada awal Januari 2023. Iaitu pada hari ketiga Maryam di taska baru. Dan Maryam masa tu baru berusia 1 tahun 1 bulan. On the first day, Maryam was really happy. Dia jalan sendiri masuk ke pintu entrance. She looked so excited sampai lupa nak babai ummi dan abah.

Petang tu, abah fetch Maryam di taska dan abah bagitahu ummi yang Maryam menangis kuat bila nampak abah di pintu. Ummi mula rasa tak sedap hati. Because di taska lama, Maryam usually happy je sewaktu pergi dan balik. Jarang Maryam menangis or look stress.

Bercerita dengan lebih lanjut, El Ameerah memberitahu Maryam saat rapat dengan gurunya di taska lama tetapi menunjukkan perubahan sikap apabila di taska baharu. Pada awalnya, El Ameerah hanya bersangka baik bahawa kemungkinan Maryam terlalu penat atau baru nak membiasakan diri di taska baharu.

On the second day, ummi tak bagi abah fetch Maryam. Ummi decide nak pickup Maryam from kindy and nak observe sendiri. Ummi berdiri kat entrance with my phone utk record Maryam’s reaction. Memang obvious Maryam nampak upset. Ummi hantar video tu kepada nenek. Nenek replied “Muka Yam tak ceria”. Nenek cakap “maybe Yam ngantuk school pagi sampai petang”. Nenek nak sedapkan hati ummi. Takmau ummi fikir buruk-buruk.

Sampai rumah, abah tengok ada kesan merah kat pergelangan tangan. Walaupun kesan tu kecik setompok je, ummi dan abah could sense theres a red flag sign. Hari ketiga, ummi drop off Maryam macam biasa and notify teacher pasal kesan kat pergelangan tangan.

Tiba-tiba petang tu, teacher kelas Maryam whatsapp gambar tangan Maryam ada kesan lebam dan luka-luka. Teacher cakap “kawan gigit Maryam masa teacher keluar ambik minyak rambut”.

Anak kena cubit, gigit sampai lebam!

El Ameerah akui terkejut apabila dimaklumkan guru bahawa Maryama telah digigit oleh seorang lagi kanak-kanak. Ujar El Ameerah lagi, bukan hanya di tangan tetapi bahagian bawah telinga, pipi dan belakang tangan Maryam turut ada kesan gigitan.

Kesan gigit, kesan cakar, kesan cubit. Ya Allah. Kesian sangat tengok Maryam masa tu. Ummi cakap kat teacher ummi nak tengok tempat kejadian and apa sebenarnya yang jadi. Teacher bawa ummi masuk dalam. Masa tu ummi expect teacher akan bawa ummi ke classroom Maryam (kelas toddler 1- 2 tahun). Tapi bila sampai classroom Maryam, teacher cakap kejadian tu berlaku di bilik lain.

Lebih mengejutkan, El Ameerah mendakwa anaknya bersama beberapa kanak-kanak lain diasingkan dalam sebuah bilik yang terlalu daif di taska itu atas alasan yang tidak munasabah.

Bilik kecil yang kosong tak ada apa-apa. Tak ada floor mat, tak ada toto ke apa ke, tak ada mainan, tak ada buku, tak ada hiasan dinding, tak ada cot. Literally kosong! Is this a classroom for kids??

Ummi pijak lantai tu rasa sejuk sangat because taska tu beraircond. Memang sejuk. Teacher pun pakai selipar. Tapi budak-budak dalam tu baring and duduk atas lantai sejuk! Ya Allah. Sampainya hati. Dan dalam bilik tu jugak ada empat air purifier dengan wayar atas lantai. Satu darinya memang dah tumbang atas lantai. Kalau lah budak-budak tarik wayar, terhempap ke apa ke, ya Allah. Tak terbayang.

Tinggal budak dalam bilik kosong

Selepas bertanya kepada seorang guru, El Ameerah dimaklumkan bahawa bilik tersebut merupakan ruangan isolasi untuk mengelakkan gangguan kepada bayi yang sedang tidur.

Ada teacher yang memamg urus baby. Ada teacher yang memang urus toddler. Masing-masing boleh kawal and jaga kelas masing-masing. Kenapa tiba-tiba ada isu ganggu baby tidur? And at the first place, itu taska. Where on earth ada taska senyap macam perpustakaan?! Especially pada waktu petang where all kids are getting excited too go home!

Bila ummi tengok cctv, rupa-rupanya Maryam and 4 toddler lain memang diletakkan dalam bilik kosong tu sejak pagi. Dalam cctv tu, ummi tengok budak-budak dibiar menyusu atas lantai! Tak ada alas. Tak ada bantal!

Berdasarkan siasatan polis, guru taska berkenaan meninggalkan kanak-kanak di bilik tersebut beberapa kali tanpa pengawasan. Ketika itulah, Maryam digigit dan dicubit hampir enam kali serangan sehingga mengalami kecederaan.

Dalam cctv, Maryam masa tu dah terbaring lemah atas lantai. Maybe Maryam dah terlalu penat menangis and menjerit tapi tak ada sesiapa datang tolong. Dan paling kecewa sekali, rakaman cctv antara 11am-3.45pm tak diserahkan pada ummi dan abah

El Ameerah turut membawa anaknya untuk membuat imbasan x-ray dan beberapa pemeriksaan kesihatan lain. Maryam kemudian dirujuk kepada psikiatri kanak-kanak selepas mengalami kesukaran untuk tidur dan sering terganggu pada waktu malam. Difahamkan, laporan polis sudah dibuat namun El Ameerah dinasihati untuk merahsiakan dahulu lokasi taska terbabit.

Bila ummi dan abah jumpa pelbagai pihak, mereka advise utk ummi dan abah ambil legal action ke atas taska tetapi ia akan menelan kos yang tinggi. Baru lah ummi dan abah faham kenapa ramai parents yang pernah lalui benda sama macam ni, akhirnya senyap dan redha.

Sumber: El Ameerah



source https://ohbulan.com/patutlah-badan-anak-penuh-kesan-gigit-cakar-cctv-bongkar-sisi-gelap-taska-ternama

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman