Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 3 April 2023

Padah Rogol Budak 12 Tahun, Warga Asing Dicekup Dalam Kebun Kelapa Sawit

Foto: Kosmo

Gara-gara merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, seorang lelaki warga asing terima padah apabila dia ditahan polis di sebuah kebun dekat Kampung Iban Merotai, Tawau, Sabah pada Sabtu.

Padah rogol budak 12 tahun

Memetik laporan Kosmo, suspek yang berusia 32 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa tinggal di kediaman suspek bermula awal bulan ini. Difahamkan, perbuatan keji itu terbongkar selepas mangsa menghubungi keluarganya dan memaklumkan tentang kejadian. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai terus bergegas ke lokasi untuk mengesan dan menahan suspek.

Suspek yang tiada dokumen pengenalan diri kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen diri yang sah.

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/padah-rogol-budak-12-tahun-warga-asing-dicekup-dalam-kebun-kelapa-sawit

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman