Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 3 April 2023

Nak Shopping Raya Sambil Jumpa Artis Favourite Korang? Jom ke Festival Usahawan Gempak Ni!

Buat semua yang masih belum lagi buat persiapan nak sambut raya ni jangan risau korang boleh pergi Festival Usahawan Gempak yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam dari 7 hingga 9 April ni. Confirm happening giler!

Untuk pengetahuan korang, festival ni merupakan salah satu elemen paling penting dalam Inisiatif Smart Raya Selangor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Sidec. So, jom min share dengan korang apa yang menarik!

Meriah dengan pelbagai jualan jenama terkenal dan baucar rahmah sebanyak RM40,000! Wow banyaknya!

Seramai 150 usahawan akan memeriahkan festival ini, antaranya Simply Siti, Farm Fresh, Siti Khadijah, Kekaboo, Hush Puppies, Wonderlab (CUCKOO), CK Rahim, Obermain, Samu Giken, Inai Scarves, Absolut Chocolat dan ramai lagi!

Selain itu, korang semua berpeluang untuk dapatkan Baucar Rahmah berjumlah RM40,000 yang akan diagihkan, so korang bolehlah jimat sikit untuk shopping raya nanti! Onz giler kan?

Peluang jumpa selebriti favourite korang – Siti Nurhaliza, Boss Susu dan ramai lagi!

Bukan boleh shopping je, festival ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis dan kebudayaan dengan kemunculan selebriti dan KOL terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Bos Susu dan Lah Ahmad.

Korang juga boleh Meet and Greet bersama Ruhainies, Uyaina Rashid, Adriana Adnan, Lan Solo, Bella Astillah, Nadiya Shahab dan ramai lagi. Haa..tunggu apa lagi, standby lah guys boleh ajak selfie sama-sama!

Selain itu, korang juga berpeluang untuk menyaksikan festival Live Stream di studio stream langsung yang akan dikendalikan oleh Lazada selama 3 hari berturut-turut dekat kawasan festival tu.

OMG! Meriahnya tak sabar nak pergi nanti..

Menangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang confirm buat korang tak menyesal datang!

Sambil sibuk shopping tu, korang jangan lepaskan peluang untuk menangi hadiah cabutan bertuah yang menarik seperi sebuah motosikal, televisyen, iPad, dan banyak lagi!

Bukan tu je, min nak share kat korang jugak yang Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari pun akan datang untuk sesi pemberian Anugerah Usahawan Gempak pada 9 April untuk 10 usahawan tempatan berimpak tinggi.

Meriah kan? Tunggu apa lagi guys, jom ajak family, kawan-kawan korang semua untuk datang dan sama-sama riuhkan lagi festival ni. Jumpa korang disana!

Untuk info terkini tentang Festival Usahawan Gempak jangan lupa follow laman media sosial Sidec (@sidecmy).



source https://ohbulan.com/nak-shopping-raya-sambil-jumpa-artis-favourite-korang-jom-ke-festival-usahawan-gempak-ni

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman