Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 24 April 2023

‘Kau Ada Masalah Dengan Ex Wife Kau Then Kaitkan Aku? Nak Tumpang Glamour Ke Bro?’ – Puteri Sarah

Baru-baru ini, seorang pempengaruh iaitu Adel Asha atau lebih mesra dengan panggilan Elcah mendedahkan telah diceraikan oleh suaminya selepas lapan hari mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Instafamous’ Dedah Bercerai Selepas 8 Hari Kahwin

Terbaharu, pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa ‘diganggu’ oleh bekas suami pempengaruh itu.

‘Nak tumpang glamour ke bro?’

Menerusi hantaran di Instagram semalam, Puteri Sarah meluahkan rasa kesal dengan sikap lelaki berkenaan yang selamba mengaitkan dirinya dalam masalah rumah tangga bersama bekas isterinya itu. Ujar pelakon berusia 38 tahun ini lagi, dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit.

Siapa lelaki ni? Aku langsung tak kenal kau tapi daripada bekas isteri kau, yang aku tahu kau seorang lelaki yang narsistik. Kau ada masalah dengan bekas isteri kau then kaitkan dengan aku? Nak tumpang glamour ke bro?

Berang namanya dipetik, Puteri Sarah memberitahu bahawa dia tidak teragak-agak untuk failkan saman sekiranya dirinya terus dikaitkan.

Nak kena saman dengan aku? Dah lah aniaya bini sendiri dan kaitkan dengan aku. Kau ingat aku tak boleh cari kau?

Sebelum ini, kisah Elcah pernah viral apabila dia dan bekas suami pertama membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan. Pada 3 Mac lalu, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua namun bercerai selepas lapan hari bernikah.

‘Siapa lelaki ni?’

Sumber: Puteri Sarah Liyana



source https://ohbulan.com/kau-ada-masalah-dengan-ex-wife-kau-then-kaitkan-aku-nak-tumpang-glamour-ke-bro-puteri-sarah

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman