Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 21 April 2023

‘Kamu Sendiri Mengaku Ada Hubungan Dengan Lelaki Lain Sedangkan Kamu Masih Bersuami’ – Syamsul Yusof

Semalam, pelakon Puteri Sarah Liyana akui terkejut dengan tuduhan nusyuz oleh suaminya, Syamsul Yusof. Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan Puteri Sarah, Syamsul tampil bersuara dan menjelaskan situasi sebenar berkaitan nusyuz dan masalah yang dilalui rumah tangga mereka.

‘Ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Syamsul akui tidak faham mengapa Puteri Sarah kononnya berasa tuduhan nusyuz itu ‘kelakar’ sedangkan dia sudah membaca intipati nusyuz semasa proses JKP lagi. Syamsul juga mendakwa isteri pertamanya itu telah menyimpan fail nusyuz dalam satu tempoh yang agak lama sebelum menyerahkan kepada peguamnya.

Kalau kelakar sangat kenapa bersungguh nak saya tarik nusyuz haritu ya masa kita berjumpa? Satu lagi, banyak kali saya ajak berjumpa sebelum ni berbincang dengan baik tapi dia yang tak mahu, hanya selepas saya fail nusyuz barulah dia akhirnya mahu berjumpa suami. Kenapa? Kerana kamu risaukan nusyuz tu Sarah saya tahu, kerana di dalamnya ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan kita.

Jadi habislah imej ‘isteri teraniaya’ yang awak potreykan pada umum selama ini, itu yang kamu risaukan. Tidak cukup dengan itu, sekarang pun kamu dah mengaku ada hubungan dengan lelaki lain sedangkan kamu masih bersuami, kamu sendiri yang beritahu saya haritu masa kita berjumpa. Siap cakap ‘jangan beritahu orang okay’.

Menurut Syamsul, Puteri Sarah telah meminta purata sebanyak RM10,000 sebulan dan aset wang berjumlah RM400,000 ketika perbincangan mereka sebelum ini.

Kamu sendiri yang letak dan suamimu setuju semuanya! Siap kata “jangan beritahu orang saya minta ni sebab saya tahu ia amaun yang tinggi”. Suami kamu setuju saja dengan permintaan itu walau di sosial media kamu canang “aku tak harap harta suami”., Jadi sebab itulah kami gembira dimahkamah haritu semua orang nampak sebab dua-dua telah setuju! Kita sama-sama happy.

Namun siapa sangka, beberapa hari kemudian, Syamsul mendakwa Puteri Sarah telah menukar perjanjian tersebut dengan menambah amaun harta dan aset yang mencecah jutaan ringgit. Tidak cukup dengan itu, Puteri Sarah didakwa menuduh Syamsul menukar perjanjian asal selain meminta diskaun nafkah anak-anak.

‘Tiba-tiba ugut suami minta jutaan ringgit’

Tambah Syamsul, tujuannya menceritakan perkara ini bukanlah untuk meraih sokongan orang ramai sebaliknya dia mahu masalah rumah tangganya diselesaikan dengan cara baik dan bukannya mengaibkan sesama sendiri.

Tetapi fikirlah adakah ini caranya kamu sebagai isteri menyelesaikan masalah dengan berpura-pura didepan media/netizen untuk meraih simpati masyarakat. Gunakan anak & ibu bapa saya.

Semalam kamu ugut suami secara public & ini juga akan dijadikan tambahan kes. Tiba-tiba ugut suami minta jutaan ringgit, bila suami tidak setuju mahu dicanang video suami pula. Baiklah tapi bagaimana dengan bukti yang ada pada suami orang tu pula ya Sara? Cukup sampai situ. Ya dimahkamah saja kita selesaikannya.

Sarah ibu bapa kamu juga pening dan tak bersetuju dengan cara kamu sekarang menyelesaikan masalah rumah tangga, Sebab itulah mereka diam sahaja dan ayah kamu terus menasihati saya untuk terus bersabar. Jadi kamu pergi hasut/ gunakan ibu bapa saya pula untuk menyokong cara ‘tak baik’ kamu menyerang suami.

Dalam kesempatan itu, Syamsul meminta agar Puteri Sarah berhenti berdendam sebaliknya menerima takdir Allah SWT bahawa suaminya sudah pun berkahwin lain.

Qada & qadar. Terimalah takdir suami kamu telah berkahwin Sarah, janganlah berdendam kesumat hingga ketahap ini. Ia akan makan diri dan masa depan anak-anak kita. Kamu tak terima poligami takpa, kita berpisah cara baik. Bukan dengan cara ugut suami dan canang disosial media berpura konon kamu isteri solehah yang dianiaya.

Ya, kita berdua ada kesilapan masing-masing Sarah. jadi fikirlah tentang masa depan anak-anak kita dengan berpisah cara baik & aman. Demi anak-anak kita.

Sumber: Syamsul Yusof



source https://ohbulan.com/kamu-sendiri-mengaku-ada-hubungan-dengan-lelaki-lain-sedangkan-kamu-masih-bersuami-syamsul-yusof

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman