Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 1 April 2023

Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penuh Penyondol Di Instagram?

Sebelum ini, rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala dan isteri, Datin Fauziah Sarman didakwa diganggu pihak ketiga namun kedua-dua pihak tidak mengiyakan atau menafikan.

Dedah identiti orang ketiga

Terbaru, Fauziah Sarman seakan mengesahkan spekulasi wujud ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.

Menerusi hantaran di Instagram, Fauziah telah memuat naik satu foto hitam putih yang dipercayai gambar passport seorang wanita.

Dengan kapsyen ringkas, ibu kepada penyanyi Shila Amzah menulis penyondol beserta nama penuh dipercayai milik wanita terbabit.

Bagaimanapun, Fauziah membiarkan ruangan tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, mahligai cinta pasangan sejoli ini dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

Sumber: Instagram



source https://ohbulan.com/isteri-nd-lala-dedah-wajah-nama-penuh-penyondol-di-instagram

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman