Isu rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah menemui titik noktah, semalam. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kemudian menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah.
Artikel Berkaitan: ‘Sekuat Mana Kita Genggam & Tahan, Bila Tiba Masanya Kita Kena Lepaskan’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terlerai Sebuah Ikatan Kerana Kejahatan Seorang Manusia’
‘Air mata seorang ibu mengalir tanpa henti’
Semalam, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail telah memuat naik satu hantaran di Instagram Stories berhubung dosa seseorang yang telah meruntuhkan sesebuah rumah tangga sekali gus mengalirkan air matanya sebagai seorang ibu. Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, namun ianya seperti ditujukan kepada pihak ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan hubungan perkahwinan anak dan menantu kesayangannya itu.
Sedarkah dosa kamu yang telah menghancurkan sebuah masjid dan membuat air mata seorang ibu mengalir tanpa henti.
Menerusi hantaran Puteri Sarah di Instagram, dia reda dengan fitrah bahawa tidak ada satu pun yang bersifat kekal di dunia ini. Malah semuanya adalah pinjaman yang diberikan oleh Allah SWT, bila tiba masanya kita perlu melepaskan sesuatu perkara dengan ikhlas. Bukan itu sahaja, dia yakin dan percaya bahawa Allah SWT telah merancang sesuatu yang lebih baik buat dirinya.
Sumber: Datin Patimah Ismail
source https://ohbulan.com/dosa-kamu-hancurkan-sebuah-masjid-buatkan-air-mata-seorang-ibu-mengalir-patimah-ismail