Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 8 April 2023

Didakwa Kongsi Masalah Anak Untuk Tujuan Marketing, Bapa Saudara Hafidz Roshdi Tegur Shuhada

Tindakan isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang meletakkan pautan perniagaannya di sebalik pendedahan berkenaan kesihatan mental anak perempuannya, Humairah, kurang disenangi bapa saudara pelakon terbabit.

Dunia ini buka kita yang punya

Di Instagram, lelaki bernama Adlan, 50, itu kurang bersetuju apabila perkongsian berkenaan anak saudaranya dibabitkan sekali dengan perniagaan. Susulan daripada itu, Adlan tampil bersuara dan memberi nasihat secara terbuka kepada Shuhada.

Saya kekal bujang di atas pilihan sendiri dan anak-anak buah saya adalah tanggungjawab saya bila perlu dan dengan izin oleh ibu bapa kandung. Buat makluman semua, tiada ibu bapa yang menyokong anak-anak jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan.

Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri di dalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi di dalam media sosial. Privasi. Period.

Adlan turut mendakwa Shuhada yang memilih jalan untuk meluahkan mengenai konflik rumah tangga di media sosial. Bukan itu sahaja, Adlan turut mendakwa dengan berbuat demikian, cita-cita Nurul Shuhada untuk menjadi ‘influencer’ atau pempengaruh sudah tercapai.

Kamu mempunyai pilihan untuk menjadi seorang role model yang positif atau negatif. Uncle berdiam diri selama ini kerana Uncle sudah berjanji pada diri sendiri, jika cuma kamu mula membabitkan anak-anak Hafidz di dalam melepaskan dendam dan amarah kamu.

Dunia ini bukan kita satu orang yang punya. Dunia ini juga ada tindak balas. Jika negatif yang kamu mahukan, maka negatiflah yang akan datang bergolek.

Tambahnya lagi, Shuhada kini menampilkan sikap manipulasi, cabar mencabar dan provokasi yang sedang dipersembahkan kepada umum.

Baginya, isu anak-anak adalah paling mengusik jiwa Hafidz dan ia sudah mencabar kesabarannya di sebalik proses pemulihan kesihatan dan semangat anak saudaranya.

Terdahulu, Nurul Shuhada menerusi hantaran di Instagram Story menceritakan perjalanan bagaimana dia mengesan anak perempuannya, Humairah mengalami masalah kesihatan mental. Beberapa perkara dilihatnya berubah selepas Humairah dilihat tidak lagi seperti sebelum ini lebih-lebih lagi apabila melihat dia menangis.

Dia kemudian membawa Humairah ke hospital dan kini masih dalam proses mendapatkan rawatan.

Sumber: Adlan



source https://ohbulan.com/didakwa-kongsi-masalah-anak-untuk-tujuan-marketing-bapa-saudara-hafidz-roshdi-tegur-shuhada

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman