Pasti peminat drama dan seni tanah air amat merindui kemunculan semula pelakon senior, Eja untuk kembali di kaca televisyen. Bagaimanapun, sebelum ini media tempatan ada melaporkan bahawa aktres itu memilih untuk mengundurkan diri bagi memberi fokus kepada anak serta perniagaannya.
Artikel berkaitan: Adlin Aman Ramli Kembali Berlakon, Sanggup Lebam-Lebam Demi Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang
Artikel berkaitan: Walaupun ‘Masih Ada Rindu’ Tamat Siaran, Lakonan Farid Kamil Masih ‘Berbekas’ Di Hati Penonton
Skrip naikkan bulu roma
Menurut Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 51, sekiranya benar dia ingin kembali berlakon semula, skrip bagi nashkah yang ditawarkan perlu membuat bulu romanya merinding.
Bagaimanapun, kata Eja buat waktu ini, roh dan jiwa lakonan masih tiada lagi dalam dirinya.
Ramai yang bertanya kepada saya, tidak merindui untuk kembali berlakon semula ke? Pada saya rindu itu belum ada lagi, jiwa dan roh belum ke arah itu lagi.
Tetapi saya tidak berani katakan seratus peratus berhenti. Insya-Allah, pada masa akan datang tidak tahu. Saya sentiasa berdoa Allah permudahkan urusan saya.
Jika saya ingin kembali berlakon sekali pun, skrip itu perlu betul-betul menaikkan bulu roma saya.
Trofi ubat rindu
Dalam pada itu, Eja melahirkan rasa syukur apabila penglibatannya dalam indsutri tanah air selama 20 tahun berjaya dianugerahkan sebanyak lima trofi kemenangan.
Kongsinya, setiap kali perasaan rindu kepada dunia lakonan muncul dalam diri, dia akan menatap kesemua trofi berkenaan sebagai pengubat rindu.
Bila orang ingin melihat saya berlakon maknya peminat menghargai saya. Alhamdulillah sepanjang 20 tahun lalu aktif sebagai pelakon saya peroleh sebanyak lima award. Ada di rumah saya letakkan.
Jadi, bila ada rasa rindu berlakon, saya pegang dan lihat semula trofi tersebut, saya ucap syukur Alhamdulillah, peminat hargai bakat yang Allah bagi dan hasil kerja saya. Berlakon bukan senang. Trofi itu la pengubat rindu.
Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin.
Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal yang kini berusia 14 tahun.
source https://ohbulan.com/bila-rindu-berlakon-saya-akan-pegang-trofi-eja