Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 26 April 2023

‘Bertahun Puteri Sarah Menunggu Kepulangan Suami’ – Patimah Ismail

Untung aktres Puteri Sarah Liyana apabila dikurniakan seorang ibu mentua, Datin Patimah Ismail yang amat menyayangi dan menyokong keputusan menantu kesayangannya.

Artikel Berkaitan: ‘Satu Malaysia Tahu Siapa Curang, Niat Saya Agar Syamsul Tidak Sesat’ – Patimah Ismail

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah Syamsul Merayu Kata Masih Sayang, Dah 4 Tahun ‘Block’ Yusof Haslam

Suami pilih wanita lain

Terbaru, Puteri Sarah, Patimah serta seluruh keluarga dua belah pihak dilihat sedang bercuti di Pulau Pinang namun kelibat pengarah sensasi, Syamsul Yusof tidak kelihatan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Patimah sekali lagi meluahkan perasaan mengenai Puteri Sarah. Kata Patimah, aktres berumur 38 tahun itu sudah bertahun menanti kepulangan Syamsul malah sanggup untuk menunggu lama.

Bagaimanapun, Patimah memahami dengan keputusan pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang ingin mengundur diri daripada perkahwinan mereka.

Selain itu, hantaran tersebut turut disertakan dengan dendangan lagu Kepada Hati yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Pada 17 April lalu, lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei di depan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan cerai Puteri Sarah pada 10 April lalu.

Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram



source https://ohbulan.com/bertahun-puteri-sarah-menunggu-kepulangan-suami-patimah-ismail

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman