Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 14 Mac 2023

[VIDEO] ‘Saya Tak Kuat’ – Ezzaty Abdullah Rela Diceraikan Kalau Suami Nak Kahwin Lain

Menerusi temu bual bersama Pa&Ma, pelakon jelita, Ezzaty Abdullah menegaskan dia sememangnya menolak secara keras isu poligami.

Menurut Ezzaty, dia rela diceraikan daripada menjalani kehidupan bermadu.

Saya tak kuat

Saya memang tolak poligami. Kalau cari nama saya, ada artikel tulis Ezzaty rela diceraikan daripada hidup bermadu. Itu memang betul. Artikel itu saya okay sebaba saya memang nak. Sebab saya nak orang tahu bahawa saya tolak sekeras-kerasnya poligami. Saya minta maaf. Saya tahu diri saya macam mana dan saya tak kuat.

Saya tak kuat untuk terima. Saya rela bercerai kalau dia nak kahwin lain. Saya selalu cakap dekat dia, kalau awak ada orang lain bagitahu saya. Saya tak nak kacau, yang penting anak-anak dengan saya.

Ujar Ezzaty, dia pernah memberitahu suaminya agar berterus-terang sekiranya sudah mempunyai wanita lain. Menerusi video tersebut juga, Ezzaty berkata dia bersyukur kerana tidak pernah diuji dengan gangguan orang ketiga dalam perkahwinan.

Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Alhamdulillah, sekarang ni tak ada lagi kes penyondol. Saya terkejut dapat tahu ada group penyondol yang akan sokong geng penyondol di Malaysia. Mereka tahu tak maksud penyondol itu apa? Kalau betul suka suami orang, kenapa korang tak berbaik dengan isteri pertama.

Kadang-kadang hati seorang perempuan ni boleh lembut. Daripada dia tak tahu boleh terima bermadu ke tak. Kalau berbaik dengan dia, mungkin dia terbuka hati. Kita wanita kena jaga hati wanita lain.

Video

@pama.my

Tak semua wanita kuat untuk bermadu. Nak menyondol tu pikir-pikir dulu. #fyp #fyp? #bermadu #bermadu #penyondollakiorang #penyondolrumahtanggaorang

? original sound – Pa&Ma – Pa&Ma

Sumber: Pa&Ma



source https://ohbulan.com/video-saya-tak-kuat-ezzaty-abdullah-rela-diceraikan-kalau-suami-nak-kahwin-lain

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman