Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 19 Mac 2023

[VIDEO] Persiapan Kahwin Dah Siap 50 Peratus, Mimi Lana Sedia Jadi Isteri Syafiq Kyle

Sebelum ini, pelakon kacak, Syafiq Kyle memaklumkan majlis pernikahannya dengan Mimi Lana dijangka berlangsung selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Artikel berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Kahwin Selepas Raya Aidilfitri

Berikutan pengumuman tersebut, Mimi Lana memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak.

Kami sudah lama kenal

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Mimi memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri. Tambahnya, dia dan Syafiq sudah lama berkawan dan perkara tersebut membuatkan mereka berasa mudah untuk membincangkan mengenai hal perkahwinan.

Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Insya-Allah sudah bersedia, doakan saya. Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke satu fasa yang lebih serius dalam hidup. Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin detik itu belum sampai lagi dan saya sibuk dengan kerja.

Pada waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu saja yang saya harapkan.

Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, berkata, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hal tersebut.

Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama. Tapi itulah hakikatnya, Insya-Allah dalam tahun ini juga kami akan berkahwin seperti yang dikatakan oleh Syafiq.

Mimi yang ditemui pada Majlis Kempen Ramadan Raya ‘Seindah Kasih’ Media Prima Berhad di Glenmarie, semalam turut berkongsi mengenai persiapan majlis hari bahagianya nanti. Ujar Mimi, hampir 50 peratus sudah siap dan semuanya berjalan lancar.

Kalau nak bercakap mengenai hal perkahwinan, rasanya sama seperti pasangan lain. Cuma syukur kerana kami sudah lama mengenali jadi proses itu makin mudah. Semuanya mengikut apa yang dirancangkan, masing-masing juga sudah tahu peranan.

Malah ahli keluarga kami pun sangat menyokong. Alhamdulillah setakat ini, lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan.

Terdahulu, Syafiq bersama keluarganya sudah merisik Mimi dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada 21 Januari lalu.



source https://ohbulan.com/video-persiapan-kahwin-dah-siap-50-peratus-mimi-lana-sedia-jadi-isteri-syafiq-kyle

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman