Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 26 Mac 2023

[VIDEO] Netizen Puji Akim Hormat Keluarga Stacy Bukan Islam, Bantu Uruskan Jenazah Abang Ipar

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan kehilangan abang kepada penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq yang telah meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak pada 21 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Stacy Sukar Terima Kehilangan Abang – ‘Tak Sangka Pulang Dengan Tubuh Kaku’

Artikel Berkaitan: Abang Stacy Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Akim bantu keluarga Stacy

Menerusi perkongsian sebuah video di laman media sosial TikTok, suami kepada Stacy, Akim Ahmad dilihat bersama-sama ahli keluarga Stacy yang kelihatan sugul menolak keranda jenazah Chaq.

Ketika memasuki ke dalam gereja, Stacy yang kelihatan sedih berada di hadapan keranda dengan memegang gambar abangnya. Manakala setelah selesai, anak sulungnya Bella De Luna Valentina pula yang memegang gambar tersebut.

Mereka yang berpakaian serba hitam menolak keranda itu dari dalam gereja menuju ke pintu luar dan difahamkan untuk dimasukkan ke dalam kereta jenazah bagi upacara pengkebumian.

Netizen puji Akim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap bapa kepada tiga orang anak itu kerana berada di sisi isterinya yang sedang berduka. Walaupun berlainan agama Akim kelihatan tetap menghormati agama dan adat keluarga Stacy.

Terdahulu, Chaq yang juga bekas peserta Mentor musim ketiga, dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu dan terpaksa ditidurkan akibat mengalami pendarahan teruk di kepala.

@yanaothmannn

Takziah Mitet @stacyanam My Virtual hugs to u ya????? RIP CHAQ #fyp #fypdonggggggg #RIP #chaq

? original sound – yanaothman – yanaothman

Sumber: TikTok



source https://ohbulan.com/video-netizen-puji-akim-hormat-keluarga-stacy-bukan-islam-bantu-uruskan-jenazah-abang-ipar

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman