Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 3 Mac 2023

[VIDEO] Air Mengalir Laju Di SNBJ, Peminat Risau ‘Tenggelam’ Dalam Konsert BLACKPINK

Peminat-peminat BLACKPINK sudah semestinya teruja dan tidak sabar untuk menantikan persembahan empat ahli kumpulan K-Pop itu bersempena jelajah dunia mereka iaitu BORN PINK di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penampilan Jisoo BLACKPINK Tarik Perhatian Peminat, Ramai Cakap Makin Nampak Muda

Artikel Berkaitan: Jisoo BLACKPINK Sudah Mula Penggambaran MV Solo Di Luar Negara, Lokasi Rahsia!

Netizen risau sebab…

 

Kumpulan yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa itu difahamkan akan tiba di Malaysia malam ini untuk konsert mereka di Kuala Lumpur.

Pun begitu, cuaca tidak menentu yang melanda Kuala Lumpur serta beberapa negeri di Malaysia sejak kebelakangan ini sehingga dinaiki air telah mengundang kerisauan terutama dalam kalangan peminat setia.

Penonton yang bakal turun ke Bukit Jalil mula meluahkan rasa risau selepas tular sebuah video yang memaparkan kejadian air mengalir laju di sekitar kawasan tersebut.

Semoga cuaca akan baik-baik sahaja semasa hari kejadian. BLINK yang datang ke SNBJ, jangan lupa bawa baju hujan sebagai persiapan.

Konsert di KL dengan kutipan tertinggi

Menurut Touring Data, Konsert BLACKPINK di Kuala Lumpur mencatatkan kutipan tertinggi sepanjang jelajah dunia BORN PINK diadakan selepas 13K tiket tambahan ditambah untuk persembahan mereka di SNBJ.

Pencapaian itu sekali gus mengatasi jumlah kutipan jualan tiket konsert di Singapura dan juga Bangkok, Thailand selepas dikatakan memperoleh $9 juta di mana ia hampir merampas rekod sepanjang masa bagi kumpulan perempuan selepas Spice Girls.

Video

Sumber: Twitter, Touring Data



source https://ohbulan.com/video-air-mengalir-laju-di-snbj-peminat-risau-tenggelam-dalam-konsert-blackpink

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman