Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 1 Mac 2023

Teruja Kongsi Berita Gembira, Juliana Evans Umum Hamil Anak Kedua!

Pelakon jelita Juliana Evans berkongsi khabar gembira di laman Instagramnya (IG) bahawa dirinya sedang hamil anak kedua bersama suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.

Artikel Berkaitan: Juliana Evans Tewaskan Taylor Swift & Emma Stone Dalam Senarai Wanita Tercantik Dunia

Artikel Berkaitan: [Foto] Sekitar Majlis Akikah Cahaya Mata Sulung Che Puan Juliana Evans, Tengku Kamiliah

Artikel Berkaitan: [FOTO] Comelnya! Photoshoot Newborn Puteri Sulung Juliana Evans

Teka-teki terjawab

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans, dia memaklumkan bahawa usia kehamilannya kini berada pada trimester kedua iaitu 22 minggu.

Juliana turut memohon doa dari orang ramai buat kandungan keduanya itu.

Gembira buat kami untuk mengumumkan bahawa baby yang kedua one the way dan kami sangat teruja untuknya.

Doakan yang baik-baik.

Pada hantaran tersebut, Juliana memuat naik beberapa keping foto yang berlatar belakangkan pemandangan laut bersama ‘baby bump’.

Selain itu, dia turut berkongsi momen ketika membuat ultrasound scan bersama doktor di sebuah hospital.

Rakan artis turut teruja!

Menjengah ke ruangan komen, kelihatan ramai rakan artis yang turut teruja dengan berita gembira yang disampaikan oleh pelakon KAMI The Movie itu dan mengucapkan tahniah atas rezeki yang dikurniakan.

Sekadar info, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri pada April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 2.

Sumber: Instagram @julianaevans



source https://ohbulan.com/teruja-kongsi-berita-gembira-juliana-evans-umum-hamil-anak-kedua

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman