Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 12 Mac 2023

Suamiku Lelaki Pendosa Diangkat Drama Terbaik TADS 2023

Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) pada malam Ahad telah menyaksikan 15 kategori dipertandingkan termasuk lapan kategori yang dibuka untuk undian penonton.

Suamiku Lelaki Pendosa Drama Terbaik

Suamiku Lelaki Pendosa telah diangkat sebagai Drama Terbaik pada TADS pada kali ini.

Sebuah drama yang mengisahkan tentang seorang suami yang nampak sempurna namun memiliki kecenderungan terhadap homoeksual atau hubungan sejenis dan cuba untuk berubah atas pertolongan daripada isterinya.

Barisan nama-nama besar di dalam industri juga turut hadir sebagai gandingan penyampai trofi antaranya Sabri Yunus, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Janna Nick, Zahirah MacWilson, Siti Khadijah Halim, Zara Zya, Hisyam Hamid, MK K-Clique, Nabila Razali, Meerqeen, Anna Jobling, Nabila Huda, Ummi Nazeera, Izzue Islam, dan Riena Diana.

Pentas malam kemuncak dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi popular seperti Ernie Zakri, Misha Omar, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Liza Hanim, Bella Astillah, Stacy dan ramai lagi.

Senarai Pemenang

Pelakon Antagonis Terbaik: Gambit Saifullah (Suamiku Lelaki Pendosa)

Penulis Skrip Terbaik: Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis (Ayahanda)

Drama Adaptasi Novel Terbaik: Melur Untuk Firdaus

Anugerah BBU Tonton: Aniq Suhair (Tahyul)

Pasangan Drama Terbaik: Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

OST Terbaik: Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul)

Drama Terbaik 8TV: My Dream My Wish

Pelakon Lelaki Terbaik: Dato’ Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)

Pelakon Wanita Terbaik: Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)

Oppa Pilihan Tonton: Cha Eun-Woo

Pelakon Lelaki Popular: Redza Rosli (Kekasih Hati Mr Bodyguard)

Pelakon Wanita Popular: Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Drama Popular: Bisik-bisik Gelora

Pengarah Terbaik: Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Pendosa)

TADS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Sharifah Sakinah adalah merupakan anugerah penuh berprestij siri kedua selepas diperkenalkan pada tahun 2021.



source https://ohbulan.com/suamiku-lelaki-pendosa-diangkat-drama-terbaik-tads-2023

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman