Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 4 Mac 2023

‘Saya Sudah Tidak Mampu Hidup Bersama Hafidz Roshdi’ – Nurul Shuhada

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan suaminya telah menumbuk sebanyak tiga kali sehingga terpaksa menerima 10 jahitan di pipi kiri.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Di Muka Aku’ – Isteri Hafidz Roshdi

‘Hadiah’ hari lahir

Memetik laporan Harian Metro, Shuhada sedih apabila Hafidz tergamak ‘naik tangan’ dengan wanita yang selama ini setia berada di sisi.

Bagaimanapun, kata Shuhada, dia tidak akan mendiamkan diri kerana telah menyebabkan parut kekal di muka.

Tak sangka ini adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 29. Tergamak dia melakukan kekerasan demi orang lain sedangkan saya pernah bersamanya selama ini hingga dikurniakan dua anak.

Selepas apa yang berlaku saya tidak akan berdiam diri. Selepas menerima lebih 10 jahitan, doktor turut memaklumkan parut dialami akan kekal selama-lamanya.

Shuhada turut memberi peringatan kepada wanita yang didakwa sebagai penyondol iaitu Athira Yuhada agar tidak terus menipu.

Mereka masih berhubung. Kejadian yang berlaku semalam pun disebabkan perkara ini. Jadi, jangan berbohong sebab polis boleh mendapatkan bukti rekod perbualan.

Tetap nak bercerai

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata memohon nekad untuk berpisah dengan Hafidz dan berharap keputusan pengesahan lafaz cerai pada 21 Mac ini akan berlangsung dengan baik.

Saya sudah tidak mampu untuk hidup bersama dengannya. Saya ingin bina kehidupan baru. Jadi, saya harap dia akan mudahkan segala proses ini dan saya mohon anda semua untuk bantu perniagaan saya demi kelangsungan hidup saya dan anak-anak selepas ini.

Pada Khamis, Shuhada memuat naik foto kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut di Instagram (IG).

Sumber: Harian Metro



source https://ohbulan.com/saya-sudah-tidak-mampu-hidup-bersama-hafidz-roshdi-nurul-shuhada

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman