Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 23 Mac 2023

Rogol Adik Kandung Sampai Lahirkan Anak, Remaja 15 Tahun Dihantar Ke Sekolah Juvana


Mahkamah Majistret Bahau menghantar seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ke Sekolah Henry Gurney, Melaka kerana didapati bersalah merogol adik kandungnya hingga melahirkan anak pada Februari lalu.

Artikel Berkaitan: Remaja 15 Tahun Rogol Adik Sampai Lahirkan Anak

Artikel Berkaitan: Isteri Haid Tak Dapat Layan Nafsu, Bapa Rogol Dua Anak Kandung Bawah Umur

Sekolah juvana


Memetik laporan Kosmo, dalam prosiding yang berlangsung semalam, Majistret Norshazwani Ishak mengarahkan remaja berkenaan dihantar ke sekolah itu di samping memerintahkan ibu bapa tertuduh datang melawatnya sekali dalam sebulan sepanjang tempoh tiga tahun dia di institusi itu.

Dalam pada itu, pendakwaan terbabit dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim. Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan atas dua pertuduhan tersebut.

Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di Mahkamah Majistret Jelebu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya sendiri pada 21 Jun hingga 30 Jun lalu. Bagi pertuduhan kedua pula, juvana berkenaan mengulangi kesalahan yang sama pada waktu yang sama antara 1 September hingga 10 September tahun lalu.

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/rogol-adik-kandung-sampai-lahirkan-anak-remaja-15-tahun-dihantar-ke-sekolah-juvana

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman