Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 10 Mac 2023

PM Lantik Johari Ghani Ketuai Pasukan Petugas Khas 1MDB

Kerajaan melantik Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk mengetuai pasukan petugas khas bagi menyelesaikan isu melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Johari Ghani ketuai pasukan petugas

Pengumuman tersebut dilakukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Khamis (9 Mac), dengan menyatakan bahawa Ahli Perlimen Titiwangsa itu telah membangkitkan isu mengenai 1MDB termasuk penyelesaian yang dicapai dengan Goldman Sachs.

Anwar turut bersetuju dengan kritikan Johari berhubung penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion. Difahamkan, penyelesaian dengan bank pelaburan itu dicapai pada tahun 2020 ketika kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan keputusan lalu, yang terlalu ringan ketika persetujuan dicapai. Goldman Sachs mengaut untung di atas kesukaran dan derita kita.

Kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin mencapai penyelesaian bersama Goldman Sachs dengan hanya membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan dan memberi jaminan pemulangan aset 1MDB bernilai USD.4 bilion yang disita pihak berkuasa di seluruh dunia.

Namun pada bulan lalu, Johari yang merupakan bekas menteri kewangan II mendesak kerajaan menyiasat pihak yang terlibat dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs, sambil menyifatkan Malaysia mengalami kerugian dalam hal berkenaan.

Tambahnya lagi, Goldman Sachs yang bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama kepada tiga bon diterbitkan oleh 1MDB bernilai AS$6.5 bilion, memperoleh yuran AS$606 juta sebagai yuran komisyen. Johari berkata, sabitan jenayah terhadap dua bekas pegawai Goldman Sachs iaitu Tim Leissner dan Roger Ng menunjukkan sifat ‘meragukan’ dalam penyelesaian 1MDB.

Sumber: Free Malaysia Today



source https://ohbulan.com/pm-lantik-johari-ghani-ketuai-pasukan-petugas-khas-1mdb

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman