Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 2 Mac 2023

Netizen Throwback Fitri Haris Pernah Pengsan Ketika Buat Persembahan

Penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris berkongsi salah satu komen netizen yang berjaya membuatkan dirinya teringat peristiwa lalu tatkala melakukan persembahan bersama kumpulannya iaitu UNIC.

Jatuh pengsan

Menurut seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Ina Shah, Fitri Haris dan kumpulannya pernah melakukan persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) suatu masa dahulu. Sewaktu melakukan persembahan, Fitri dipercayai jatuh pengsan. Pada masa itu juga, keadaan menjadi kecoh. Ujar individu berkenaan lagi, Fitri pengsan kerana terlalu penat.

Berikutan daripada komen tersebut, Fitri mengakui dia sudah teringat mengenai peristiwa tersebut.

Dalam banyak-banyak komen ni paling saya tak boleh lupa. Ye memang berlaku. Ingat tak bernyawa dah. Terima kasih Bazli menjadi hero dan mengangkat skeleton masa ni. Nasib dia tak buat CPR.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, rata-rata netizen berkata kejadian tersebut berlaku sekitar tahun 2000.

Sumber: Fitri Haris



source https://ohbulan.com/netizen-throwback-fitri-haris-pernah-pengsan-ketika-buat-persembahan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman