Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 16 Mac 2023

Mayat Tanpa Kepala, Kaki Disumbat Dalam Bagasi & Dicampak Tepi Jalan

Mayat seorang lelaki tanpa kepala dan kaki ditemukan di dalam sebuah bagasi berwarna merah di tepi jalan di Jawa Barat, Indonesia, semalam (15 Mac 2023).

Mayat tanpa kepala, kaki dalam bagasi

Mayat tersebut ditemui pada jam 7:15 pagi oleh seorang penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut untuk ke tempat kerja. Pada awalnya saksi hanya melihat beg pakaian tersebut di tepi jalan, dia kemudian membuka beg tersebut dan melihat isinya berupa mayat manusia.

Susulan daripada itu, saksi telah melaporkan kepada pihak berkuasa. Hasil pemeriksaan mendapati, mayat tersebut berada dalam posisi menghadap ke tanah. Menurut Ketua Polis Tenjo, Iptu Suyadi, terdapat beberapa bahagian badan mangsa tidak mencukupi seperti kepala dan kaki. Difahamkan, bahagian tangan mangsa memiliki tatoo bercorak abstrak.

Mayat mangsa hanya tinggal separuh badan dan kedua-dua belah tangan. Tiada kepala dan kaki.

Jelasnya, pihak polis masih menunggu pasukan Sistem Pengenalan Cap Jari Automatik Indonesia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai identiti mangsa.

Sumber: News Detik



source https://ohbulan.com/mayat-tanpa-kepala-kaki-disumbat-dalam-bagasi-dicampak-tepi-jalan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman