Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 6 Mac 2023

Jep Sepahtu Buka Mulut Isu ‘Keluar’ SRL, Dedah Shuib Tak Puas Hati Digantung Sebab Aksi Lucah

Setelah berbagai spekulasi yang dibuat di media sosial mengenai hubungan Shuib dan kumpulan Sepahtu, akhirnya terjawab apabila Jep mengambil keputusan untuk menghentikan isu ini daripada berleretan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO]Ryan Bakery ‘Ngam’ Dengan Jep Sepahtu, Netizen Cadang Gantikan Shuib

Artikel Berkaitan: Tak Pernah Umum Keluar Sepahtu, Shuib Masih Berkawan Baik – ‘Tiada Istilah Merajuk’

Dia tak puas hati…

Menerusi hantaran yang dibuat di laman Instagram (IG), Jep memaklumkan segala perkara yang terjadi bermula daripada penyampai radio Suria itu yang didakwa membuat aksi lucah pada suatu babak ketika Sepahtu Reunion Live (SRL) sehingga menerima kecaman daripada orang ramai.

Oleh kerana itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya itu dan difahamkan dia digantung selama dua minggu. Namun, hal itu tidak berkakhir disitu apabila dia merasakan kurang senang dengan tindakan yang dikenakan ke atasnya.

Cerita bermula ada babak yang dia mainkan dalam SRL dan dapat kecaman teruk dari penonton. Aksi itu berlaku ketika dia sedang mesin kelapa.

Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya masih digantung selama dua minggu, dia memilih untuk tidak meneruskan baki 50 episod yang tinggal.

Hati telah tawar

Dalam pada itu, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mengakui ada menjemput dan mempelawa Shuib untuk kembali beraksi pada SRL. Namun, tidak sehingga melutut mahupun memujuk.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang berita yang diterima sehingga membuatkan mereka meneruskan SRL tanpanya.

Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.

Tambah Jep, Sepahtu tidak pernah membuang pelawak tersebut malah menunggu kepulangannya ke SRL.

Disaat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan satu per satu rancangannya keluar. Buat kami termangu-mangu.

Tak apalah. Kini hati pun telah tawar. Waktu berlalu pergi. kisah kami yang indah-indah saya simpan sendiri.

Susulan daripada itu, Jep menyatakan bahawa tiada sebarang dendam mahupun marah terhadap pelawak itu. Padanya, dia akan sentiasa mendoakannya walau dimana sahaja dirinya berada.

Sumber: Instagram @jepsepahtu



source https://ohbulan.com/jep-sepahtu-buka-mulut-isu-keluar-srl-dedah-shuib-tak-puas-hati-digantung-sebab-aksi-lucah

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman