Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 31 Mac 2023

Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia

Pelakon Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi dilaporkan sudah ke Hospital Bahagia, kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri sebagaimana diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dalam perbicaraan pada 13 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Shuhada Izin Hafidz Jumpa Anak – ‘Saya Nak Hubungan Dia Dengan Anak-Anak Erat’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Single & Available’ – Hafidz Roshdi Jawab Tuduhan Kahwin Lain

Hafidz jalani rawatan psikiatri

Menurut peguam Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, pelakon berusia 29 tahun itu telah melakukan rawatan tersebut namun keputusan masih belum dikeluarkan oleh doktor.

Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Difahamkan, Hafidz tetap dibenarkan untuk berjumpa dengan dua cahaya matanya.

Terdahulu, Hafidz sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu. Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Sumber: Astro Awani



source https://ohbulan.com/hafidz-roshdi-sudah-jalani-rawatan-psikiatri-di-hospital-bahagia

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman