Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 10 Mac 2023

‘Diperli, Dimalukan Dalam Bilik Meeting Seperti Tiada Maruah’ – Ibu Dedah Perangai Sebenar ‘Sahabat’ Shuib

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai hubungan antara pelawak Shuib dan kumpulan Sepahtu. Malah, Jep juga telah tampil memberi penjelasan berhubung isu Shuib meninggalkan Sepahtu Live Reunion (SRL).

Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Buka Mulut Isu ‘Keluar’ SRL, Dedah Shuib Tak Puas Hati Digantung Sebab Aksi Lucah

‘Diperli, dimalukan di dalam bilik meeting’

Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani memberitahu dia menyokong dan mempertahankan keputusan Shuib yang enggan menyertai SRL. Tambahnya lagi, itu merupakan keputusan terbaik yang dilakukan anak lelakinya itu daripada terus ditindas dan diperlakukan seperti orang tidak bermaruah.

Di mana saya dikatakan ‘SAHABAT’. Bila ‘SAHABAT’ seperjuangan dikenakan tindakan, tiada ‘SAHABAT’ yang mempertahankan. Malah dia dimaki dan dihinanya lagi oleh SAHABAT sendiri di depan orang ramai. Itu ke yang dikatakan ‘SAHABAT’. Diperli, dimalukan di dalam bilik meeting seolah-olah macam dia tak ada maruah.

Menurut Salamiah, individu yang digelar sahabat juga melayan Shuib seperti orang bersalah meskipun kes pelawak itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Untuk apa kita hanya menjadi baik di depan orang ramai tetapi di belakang kita sebaliknya. Dan kerana itu la jawapannya sentiasa tergantung kerana dia masih mahu menjaga aib seseorang. Dia masih tetap meletakkan jawapan perginya dia dari SRL adalah kerana Astro sedangkan jawapan sebetulnya bukan itu tetapi untuk tidak mengeruhkan keadaan dia masih menyimpan jawapan yang sebetulnya.

Ketika itu, dia memilih untuk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri tetapi dia lebih menjaga maruahnya dari terus di pijak-pijak orang tanpa memikir sedikit pun perasaannya. Dan yang membuatnya sedih kerana itu adalah rakan seperjuangan dan rakan yang dikenali sebelum dia menjadi artis.

Tambah Salamiah, dia sebagai ibu sentiasa melihat anak lelakinya itu sedih dan kemurungan kerana terpaksa melupakan minatnya demi mempertahankan maruah dirinya.

Sumber: Salamiah Jalani



source https://ohbulan.com/diperli-dimalukan-dalam-bilik-meeting-seperti-tiada-maruah-ibu-dedah-perangai-sebenar-sahabat-shuib

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman