Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 3 Mac 2023

Bela Nasib Isteri Diganggu ‘Penyondol’, Puteri Sarah Kena ‘Serang’ Dengan Suami ‘Panas Hati’

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia menerima kecaman hebat daripada segelintir golongan suami yang ‘panas bontot’ apabila dia menegakkan keadilan untuk wanita teraniaya.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Di Muka Aku’ – Isteri Hafidz Roshdi

Mahu mereka jadi berani

Menurut Puteri Sarah, dia bukan hanya membantu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri malah cuba sebaik mungkin untuk menolong ramai wanita yang tertindas.

Kalau saya buka persatuan nanti lelaki di luar sana macam cacing kepanasan pula. Nanti semua orang benci saya.

Tujuan saya satu sahaja, ingin membantu golongan wanita yang berdepan masalah sama macam saya.

Saya bukan bantu Shuhada sahaja tetapi ramai wanita di luar sana yang bertanya kepada saya. Saya mahu mereka lebih berani.

Saya terima DM beribu-ribu daripada wanita di luar sana yang minta nasihat. Mereka minta kata-kata semangat. Lelaki di luar sana yang buat kesalahan tetapi saya yang kena hentam.

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis sidang media drama ‘Andai Itu Takdirnya’ yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur, pada Rabu.

Bukan suruh upah gangster

Kata aktres berumur 37 tahun, dia hanya berkongsi pandangan dan nasihat untuk berdepan dengan masalah rumah tangga yang dihadapi.

Saya hanya berkongsi pengalaman dan beritahu apa tindakan yang perlu mereka buat jika berada di situasi yang sama macam saya. Saya kesian pada mereka.

Ketika saya cuba memberi bantuan kepada wanita yang teraniaya, ada golongan lelaki yang DM saya dan kecam malah tuduh saya dengan berkata saya mengajar wanita untuk bersikap kurang ajar dengan suami.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menginginkan isteri teraniaya itu bersikap berani demi memperjuangkan hak bukannya membiarkan diri dipijak.

Saya bukan suruh wanita buat perkara yang tidak sepatutnya atau jadi batu api. Saya memberitahu cara-cara untuk menghadapi penyondol (orang ketiga).

Tujuan saya hanya mahu wanita berani dan perjuangkan hak mereka. Lelaki di luar sana jangan la takut sangat.

Orang yang kecam mereka tidak rasa apa yang dilalui. Saya kongsi semangat positif, saya sebarkan kesedaran bukan suruh para isteri cari gangster belasah suami mereka. Malah, saya ada juga kata selagi boleh bertahan, bertahan la.



source https://ohbulan.com/bela-nasib-isteri-diganggu-penyondol-puteri-sarah-kena-serang-dengan-suami-panas-hati

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman